Jenis masakan/osake (arak)

Jenis masakan/osake (arak)

Update: 9 Mei 2017

Jika melancong ke Jepun, merasai makanannya adalah satu kemestian. Terdapat bermacam-macam bahan makanan di Jepun yang kaya dengan berjenis masakan. Apakah jenis masakan/osake(arak) yang ada di Jepun?

Masakan Jepun secara asasnya

Masakan Jepun secara asasnya

Hidangan berupa nasi beserta sup juga sayur dan sayur jeruk, dimakan menggunakan chopstick adalah asas makanan Jepun. Kelebihan makanan Jepun adalah penyediaannya yang ringkas menggunakan bahan yang semulajadi dan tanpa perlu dimasak.

Sushi

Sushi

Sushi adalah makanan Jepun yang amat digemari diluar negara. Diantaranya adalah nigiri-zushi atau sushi kepal. Nigiri-zushi menggunakan sedikit cuka, diletakkan diatasnya ramuan sushi yang dipotong dan disapu dengan perlahan menggunakan dua jari.

Tempura

Tempura

Setelah bahan-bahan seperti hidupan laut dan sayur-sayuran disediakan, ianya dicelup kedalam campuran tepung gandum, telur dan air lalu digoreng dengan minyak. Bahan-bahan yang digunakan untuk hidupan laut seperti udang lipan, belut, ikan goby dan lucky star iaitu ikan yang berdaging putih, manakala sayur pula terung, salad, cendawan dan sayur-sayuran liar banyak digunakan. Disamping itu, terdapat pelbagai jenis bahan yang dicincang halus dicampur menjadi “kakiage” dan amat digemari ramai.

Belut

Belut

Di Jepun jika dikatakan ‘unagi’, ia adalah merujuk kepada belut yang disalai dan diletak atas nasi lalu dimasukkan kedalam bekas makanan. Belut selalunya disalai untuk menjadi masak. Penyalaian belut adalah dengan membelahnya dan dicucuk lalu disalai. Kicap, perasa, sake (arak), gula dan sebagainya dicampur serta sos manis-manis pedas disapu, dengan cara ini ianya disalai.

Soba/Udon

Soba/Udon

Soba dan Udon adalah antara hidangan mee Jepun. Bahan asal Soba adalah tepung gandum khas, manakala Udon pula ialah tepung gandum biasa. Masing-masing mempunyai rasa dan .tekstur yang berbeza.

Sake Jepun (arak)

Sake Jepun (arak)

Sake Jepun diperbuat daripada beras, bijirin dan air lalu diperam. Kebanyakan sake Jepun mempunyai kandungan alcohol pada skala 15, anda akan berasa kemanisan beras. Terdapat sake sejuk yang diminum sejuk dan yang dipanaskan sebelum diminum. Kelebihannya adalah boleh diminum dalam keadaan panas atau suam, dan pelbagai suhu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini