HOME Pengalaman budaya Jepun
Pengalaman budaya Jepun

Pengalaman budaya Jepun

Last updated: 14 Mac 2017

Salah satu cara untuk mengetahui budaya asing ialah dari pembacaan buku dan mendengar cerita. Tetapi pada masa kini terdapat pelbagai program pelancongan yang menawarkan pengalaman melihat dan merasai sendiri keunikan budaya tradisi Jepun. Jika anda mengikuti program pelancongan yang menawarkan pengalaman merasai sendiri budaya Jepun, anda pasti akan lebih memahami tentang keunikan budaya mereka. Anda juga tidak perlukan penterjemah. Kebelakangan ini, program pelancongan yang boleh diikuti dengan mudah telah meningkat dengan pesat sekali.

Pelancongan Sumo (gusti Jepun)

Pelancongan Sumo (gusti Jepun)

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sumo adalah bertujuan mengharapkan sesuatu seperti keamanan, kelahiran kanak-kanak, hasil tuaian yang baik dan hasil tangkapan yang besar. Sumo merupakan sukan kebangsaan yang berasaskan tradisi. Kini terdapat program pelancongan dimana anda berpeluang melihat suasana latihan sumo yang tersendiri dengan lebih dekat.

Pengalaman geisha (wanita penghibur seni tradisional Jepun) dan maiko (pelapis geisha)

Pengalaman geisha (wanita penghibur seni tradisional Jepun) dan maiko (pelapis geisha)

Maiko dan geisha ialah gadis yang memakai kimono dan mempamerkan pelbagai seni seperti tarian dan menghiburkan tetamu di majlis keramaian. Dengan mengikuti pelancongan berasaskan pengalaman bersama maiko dan geisha, anda boleh belajar budaya solekan Jepun dan menikmati persembahan kebudayaan. Disamping itu, program pelancongan bagi wanita yang ingin memakai kimono dan bersolek seperti maiko lalu berjalan di tengah bandar juga amat disyorkan kepada golongan wanita.

Pengalaman menjadi Ninja

Pengalaman menjadi Ninja

Antara yang menarik tentang pelancongan berasaskan pengalaman ini juga, anda boleh memakai pakaian ninja dan mempelajari pelbagai teknik serta penggunaan senjata seperti shuriken (bilah berbentuk bintang) dan anak panah. Anda juga boleh mempelajari secara mendalam nilai kerohanian melalui sejarah ninja. Ninja adalah dari perkataan "shinobi" yang bermaksud bertahan.

Pengalaman sado (upacara membancuh dan minum teh)

Pengalaman sado (upacara membancuh dan minum teh)

Sado merupakan salah satu tradisi geino (kemahiran seni) Jepun. Sado menekankan aspek kesempurnaan postur, hati yang baik dan nilai-nilai etika orang Jepun. Melalui pengalaman sado, anda akan lebih memahami budaya Jepun.

Pengalaman membuat nigirizushi

Pengalaman membuat nigirizushi

Program pelancongan sambil membuat sushi membolehkan anda belajar cara makan sushi dan sejarahnya selain cara membuat sushi. Melalui pengalaman membuat dan menjamah sushi, anda pasti dapat mengenal budaya Jepun dengan lebih mendalam.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari