Aktiviti-aktiviti

Aktiviti-aktiviti

Update:

Di setiap lokasi dalam Jepun terdapat aktiviti yang menggunakan keunikan alam semula jadi, dan juga aktiviti yang dapat merasai adat tradisi dan sejarah.

Mendaki gunung

Terdapat pelbagai jenis gunung, dari jenis yang boleh diadakan kembara mendaki gunung, sehinggalah gunung yang boleh dilakukan pendakian yang sebenar. Gunung tunggal yang dikatakan paling cantik di dunia iaitu gunung Fuji, boleh dilawati dengan bas jika menuju sehingga ke "goaime" sahaja, dan anda boleh menikmati alam semulajadi dengan bebas. Melihat perubahan permukaan gunung-gunung dari musim ke musim dan haiwan-haiwan liar, merupakan keseronokan sebenar aktiviti mendaki gunung.

Selam snorkel

Di negara kepulauan Jepun, terdapat banyak aktiviti di laut. Di kawasan seluruh Jepun anda boleh menikmati aktiviti selam snorkel, terutamanya Okinawa yang terkenal dengan kawasan perairan lautnya yang cantik, malah terdapat juga tempat di mana anda boleh melihat penyu laut. Tambahan lagi, terdapat juga tempat yang dikenali sebagai "gua biru" iaitu gua dengan kepanjangan di dalamnya berjumlah 30 meter di mana anda boleh menikmati aktiviti selam snorkel di dalamnya. Tempat ini sangat terkenal dengan fakta iaitu tempat untuk menikmati selam snorkel yang penuh misteri.

Menuruni sungai dengan bot

Antara ciri-ciri sungai di Jepun adalah jumlah airnya yang banyak, aliran yang deras dan sungai yang sempit. Oleh kerana itu anda dapat merasai pengalaman menuruni sungai deras dengan bot yang lebih mendebarkan. Sudah semestinya ia tidak terhad kepada sungai yang deras sahaja, terdapat juga pakej yang membolehkan anda mengalaminya di sungai yang mengalir perlahan. Disebabkan sungai-sungai di Jepun berpunca dari cairan salji atau air titisan dari batu, airnya kelihatan sangat bersih dan jernih, sehinggakan anda boleh melihat bayangan ikan dari permukaan airnya. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh nikmati dengan harga yang berpatutan.

Yakatabune

Yakatabune adalah bot bercirikan Jepun, bahagian dalam berbumbung yang luas, dan boleh digunakan sebagai dewan bankuet dan sebagainya. Pada zaman Heian ia digunakan oleh golongan bangsawan sebagai tempat bersuka-ria, dan turut dikatakan menjadi tempat untuk daimyo (pemerintah feudal) menikmati bunga api yang dipancut dari sungai pada zaman Edo. Pada masa kini, pakej untuk mengelilingi kawasan-kawasan pelancongan di Tokyo mendapat sambutan.

Pengalaman menjalani latihan di kuil

Pengalaman menjalani latihan di kuil merupakan aktiviti yang kian mendapat sambutan sekarang. Anda akan mengalami latihan yang dijalani oleh sami buddha dengan betul dan bersungguh-sungguh. Tambahan kepada ideologi dan agama di Jepun, anda akan dapat pelajari dengan teliti mengenai kedamaian dari sami buddha selain daripada latihan, etika makan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis tempoh pengalaman boleh dipilih, daripada sehari sehinggalah beberapa bulan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini