Pusat Permainan

Pusat Permainan

Update: 16 Mac 2017

Pusat permainan adalah kemudahan hiburan yang boleh dinikmati oleh setiap golongan. Berikut, kami akan memperkenalkan perkara seperti waktu perniagaan dan jenis-jenis permainan yang boleh anda nikmati.

Apa itu pusat permainan

Apa itu pusat permainan

Pusat hiburan permainan menempatkan pelbagai jenis permainan yang menarik. Kebiasaannya pusat-pusat permainan ini terdapat di kompleks yang besar, di terminal stesen bandar-bandar besar dan sebagainya. Golongan muda merupakan golongan yang paling ramai yang mengunjunginya dan kebiasaannya pada sebelah petang pula pelajar akan membanjirinya.

Waktu perniagaan

Waktu perniagaan

Kebanyakan pusat permainan dibuka sehingga lewat malam. Banyak juga pusat-pusat permainan di Jepun dibuka seawal pagi dan dibuka pada siang hari. Terdapat juga pusat permainan yang melarang pengunjung berumur belasan tahun dari mengunjunginya pada waktu malam. Selain itu, kebanyakan pusat permainan hanya menerima wang tunai. Jadi anda disarankan membawa beberapa jumlah wang tunai bersama jika ingin berkunjung ke tempat ini. Anda tidak perlu risau jika anda hanya mempunyai wang kertas kerana mesin menukar syiling ada terdapat di tempat sebegini.

Permainan interaktif

Permainan interaktif

Di tempat permainan interaktif, disediakan permainan popular yang memerlukan anda menekan butang atau menggunakan pistol permainan untuk bermain seperti permainan menembak, permainan berirama, permainan tarian, permainan berunsur seram, permainan memandu dan sebagainya. Kebanyakan permainan mengenakan bayaran antara 100yen hingga 200yen.

Permainan Sukan

Permainan Sukan

Terdapat pusat permainan yang menyediakan permainan sukan di dalamnya. 'Air hockey' yang boleh dimainkan oleh 2 orang, atau permainan menjaringkan bola keranjang dan sebagainya juga ada disediakan.

Purikura (kios mencetak gambar)

Purikura (kios mencetak gambar)

Purikura pada asalnya adalah perkataan yang merujuk kepada "kelab cetakan", merupakan mesin yang boleh mengambil gambar bersaiz kecil dalam bentuk sticker. Ia bukanlah semata-mata untuk mengambil gambar sahaja, tetapi boleh juga menghias gambar yang akan dicetak keluar dengan menggunakan pen dan ikon-ikon comel untuk membuat lakaran mengikut kreativiti sendiri. Tambahan pula, dengan model mesin yang terbaru terdapat fungsi yang membuatkan kulit kelihatan lebih cantik dan cerah dengan efek pencahayaan yang tinggi, mata kelihatan lebih besar, dan kaki kelihatan kurus, panjang dan langsing.

Permainan yang beroperasi dengan token

Permainan yang beroperasi dengan token

Dengan menggunakan wang sebenar yang ditukar kepada token, ia adalah permainan yang sentiasa memerlukan penambahan token. Terdapat permainan tolakan (token jatuh), permainan lumba kuda, slot, poker dan sebagainya.

Penangkap UFO

Penangkap UFO

Permainan utama di pusat permainan adalah penangkap UFO. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan butang untuk mengawal penyepit pada piring terbang UFO, kemudian anda cuba keluarkan barangan seperti anak patung yang berada di dalam kotak kaca. Pergerakan butang adalah terhad kepada 1 kali sahaja bagi setiap arah mendatar dan menegak.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini