Karaoke

Karaoke

Update:

Bukan sahaja di Jepun, malah kini karaoke juga terkenal di seluruh dunia. Oleh itu mari kita mengupas mengenai apakah tarikan karaoke ini.

Apakah itu karaoke?

Karaoke adalah alat yang membolehkan kita menyanyikan lagu kegemaran dengan iringan muzik dan juga merujuk kepada perkhidmatan yang menyediakan alat tersebut.

Mengapa karaoke terkenal?

Karaoke terkenal di negara selain Jepun adalah hasil daripada kemasukan karaoke buatan Jepun ke sana. Ianya terkenal kerana kemeriahannya ketika menyanyi beramai-ramai, ataupun dapat menyanyi bersendirian tanpa rasa segan untuk menghilangkan rasa tekanan seharian.

Pilihan lagu yang pelbagai

Terdapat puluhan ribu lagu-lagu yang boleh dipilih di karaoke. Kepelbagaian genre lagu-lagu lama dan baru, serta lagu-lagu barat ini dapat dinikmati tanpa mengira usia atau jantina.

Cara pengendalian karaoke

Masukkan lagu yang ingin dinyanyikan dengan memilih daripada buku ataupun panel digital. Jika anda tidak faham cara mengendalikan alat ini, sila rujuk kepada staf-staf di situ. Terdapat juga sesetengah alat yang boleh diubah paparannya kepada Bahasa Inggeris.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini