Taman tema

Taman tema

Update:

Artikel ini akan memperkenalkan tentang ciri-ciri dan cara berhibur di taman tema di Jepun.

Sejarah taman tema domestik

Taman tema pertama di Jepun dibuka pada tahun 1961 ialah Nara Dreamland. Taman tema dibangunkan dengan pesat di seluruh Jepun disebabkan faktor ekonomi yang baik. Namun, disebabkan kurangnya mendapat kunjungan daripada pelanggan tetap, jumlah yang ditutup juga bukanlah sedikit. Tokyo Disneyland yang popular tidak pernah mengalami masalah ini.

Teknologi dan servis bertaraf antarabangsa

Perkhidmatan servis hospitaliti yang diberi oleh masyarakat Jepun dengan penuh mesra dan ikhlas diiktiraf di peringkat antarabangsa. Di taman tema juga, servis hospitaliti ini diberi dengan mesra dan ikhlas. Kawasan taman tema akan dibersihkan dengan teliti dan sempurna agar pengunjung yang datang bergembira dengan selesa.

Keindahan alam semulajadi dengan empat musim

Terdapat 4 musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk di Jepun. Oleh itu, di taman tema yang sama dapat disaksikan perbezaan bagi setiap musim yang berbeza. Pengunjung dapat bersiar-siar di kawasan jajaran bunga yang disusun dan dijaga dengan rapi. Selain itu, ketika musim panas, persembahan menggunakan air juga diolah agar pengunjung tidak bosan walaupun telah datang berulang kali.

Keindahan dekorasi dalam taman tema yang indah

Keseluruhan dekorasi di dalam taman tema akan digubah dengan tema yang berbeza mengikut musim. Apabila menghampiri hari Krismas, kawasan taman akan dihiasi dengan pencahayaan iluminasi membuatkan ia kelihatan lebih mewah, dan "Candle Night" juga akan diadakan. Di samping itu, makanan dan barangan istimewa juga akan disediakan berdasarkan acara yang telah diatur.

Contoh utama taman tema di Jepun

Tokyo Disneyland dan DisneySea berupaya memberikan persembahan yang luar biasa. Khidmat pelanggan yang bertaraf antarabangsa juga dapat dijangka di sini. Seterusnya, yang terkenal selepas Disneyland adalah Universal Studios Japan di Osaka. Pengunjung dapat berhibur dengan daya tarikan yang kebanyakannya bermotifkan filem-filem Hollywood.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini