Foto

Foto

Update:

Foto merupakan media rakaman yang disayangi di seluruh dunia, merupakan juga salah satu bahagian daripada bidang kesenian. Di sini situasi bagaimana foto disayangi di Jepun akan diperkenalkan sambil melayari sejarah foto di Jepun.

Sejarah

Foto dikatakan telah masuk ke Jepun pada tahun 1843. Ketika itu, Jepun di zaman Edo, subjek fotografi pertama dalam negara adalah "samurai". Bermula dari situ permintaan terhadap foto di Jepun bertambah semakin besar seiring dengan perkembangan kemajuan foto, seterusnya ia menjadi media kegemaran orang ramai sebagaimana pada hari ini.

Teknologi Jepun

Orang Jepun yang memang sejak dari awal lagi mahir dengan kerja teliti yang menggunakan tangan, telah menonjolkan diri juga dalam bidang fotografi . Satu demi satu kamera berkualiti tinggi telah dihasilkan setersunya telah dapat menguasai pasaran di seluruh dunia. Kamera yang diperlukan oleh peminat kamera di seluruh dunia adalah kamera yang tidak mudah rosak dan mudah dikendalikan. Pada masa yang sama, ramai jurugambar di seluruh dunia juga menggunakan kamera buatan Jepun.

Contoh jurugambar ternama

Jika menyebut tentang contoh jurugambar ternama di Jepun, ianya adalah Ueno Hikoma, jurugambar pertama di Jepun. Beliau berkecimpung sebagai jurugambar sejak dari penghujung zaman Edo sehingga ke zaman Meiji. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan jurugambar di medan perang pertama di Jepun. Sejarah fotografi di Jepun selepas itu menjadi semakin mendalam hasil aktiviti progresif beliau yang merupakan seorang perintis dalam bidang ini.

Pembelian kamera

Untuk membeli kamera, kebiasaannya ia dibeli di kedai barangan elektronik serta home center (sejenis kedai yang menjual pelbagai alat perkakas dan bertukang di Jepun). Kedai barangan elektronik juga sangat berguna, kerana di situ terdapat juga barangan berkaitan dengan kamera seperti beg dan filem pelindung.

Subjek fotografi

Kebanyakan orang Jepun sangat suka mengambil gambar tetapi tidak mahir untuk menjadi subjek fotografi. Terdapat juga yang merasa boleh diambil gambar secara beramai-ramai tetapi tidak suka jika seorang diri. Ini merupakan ciri khas orang Jepun yang selalu bersikap pemalu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini