Arca

Arca

Update:

Dalam budaya Jepun, arca telah memainkan peranan yang sangat penting. Jika dapat tahu tentang arca-arca ini, yang melambangkan sejarah dan ideologi manusia, tentu dapat kaji rahsia budaya Jepun dengan lebih mendalam.

Arca pada zaman Asuka

Kebanyakan arca pada zaman Asuka adalah arca fahaman Buddha, setelah agama Buddha tersebar ke Jepun. Kuil Buddha telah dibina dengan pesat, kebanyakan patung Buddha adalah arca yang diperbuat daripada kayu.

Arca pada zaman Heian

Bermula zaman Heian agama Buddha telah menyelinap ke setiap pelusuk kawasan luar bandar, dan patung Buddha yang kelihatan ciri-ciri setiap kawasan semakin banyak dihasilkan. Selain daripada patung Buddha, patung ketuhanan juga telah mula dibuat. Selain daripada kusunoki (pokok kapur barus), hinoki (pokok sipres Jepun) dan kaya (pokok buah pala Jepun) juga mula digunakan.

Arca pada zaman Kamakura

Dengan kebangkitan samurai pada zaman Kamakura, bilangan arca yang kelihatan gah perkasa dan lebih realistik semakin bertambah. "Arca Todaiji Nandaimon Nio (juga dipanggil Arca Kongorikishi)" dikatakan sebagai arca kayu yang terbesar di dunia, dan ia dikagumi dengan susuknya yang kelihatan seolah-olah hidup dengan otot-otot.

Arca pada zaman Edo

"Nikko Toshogu" telah diperbaharui dengan mewah dan cantik oleh Shogun generasi ketiga "Tokugawa Iemitsu", dan di situ ditempatkan lebih 5000 arca. Dihiasi dengan penuh kepelbagaian warna sesuai dengan teknologi pada zaman Edo, terdapat 508 buah arca berkaitan dengan fakta sejarah, anekdot, naga dan orang bijaksana telah diukir.

Arca pada zaman Meiji

Arca Jepun pada masa kini sedang memasuki peringkat baru, setelah teknik mengukir arca dari barat telah diperkenalkan. Tambahan lagi sekarang arca dengan idea bahan baharu seperti teras grafit pensil dan pisang juga sudah muncul. Arca di Jepun yang semakin hari semakin berevolusi, cuba meningkatkan kualiti keseniannya, sambil mengekalkan tradisi lamanya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini