Seni moden

Seni moden

Update: 23 Februari 2017

Seperti seni tradisional, Jepun kaya dengan pelbagai jenis dan budaya seni moden. Dari pengaruh anime dan manga, Ukiyo-e jenis moden, persembahan artis yang terperinci sehinggalah ukiran arca yang berani, kami akan memperkenalkan dunia seni moden Jepun yang sentiasa berkembang.

Seni di Jepun selepas Perang Dunia Kedua

Asas kepada seni moden Jepun boleh ditemui ketika selepas perang dunia kedua Jepun, dimana perang dunia kedua berlaku, letupan bom atom di Hiroshima, dan Jepun dijajah oleh Amerika memberi kesan yang kuat. Tema seni moden selepas perang dunia kedua bukan sahaja mengenai peperangan dan kemusnahan, tetapi juga mengenai pemberontakan dan mengenai menentukan nasib diri sendiri.
Sesetengah daripada mereka menjauhi teknik dan aestetik tradisional manakala sesetengah lagi mengaplikasikannya menyebabkan Jepun mengalami gerakan seni yang menerokai tema dan aestetik yang baru.
Salah seorang artis yang terkenal ketika itu, yang kebelakangan ini mula dikenali di Barat, iaitu Kazuo Shiraga, telah menghasilkan lukisan yang mempunyai ekspresi kuat dengan mengunakan kakinya dan kadang kala dengan seluruh badannya. Dia adalah salah seorang ahli kumpulan Gutai, iaitu satu gerakan radikal seni yang meninggalkan seni klasik dan konservatif dan bertujuan untuk menerokai seni abstrak.

Lonjakan dalam Manga dan Anime

Lonjakan dalam Manga dan Anime

Selalu dianggap sebagai kartun Jepun di Barat, Manga dan Anime merupakan bahagian penting dalam seni kontemporari jepun, seperti gerakan avant-garde, manga moden sekarang mula dibentuk ketika dekad selepas perang dunia kedua. Walaupun pada perang dunia kedua, hasil penulis dan pelukis ketika itu selalu ditapis, tetapi undang undang jepun yang digubal pada 1947 melarang sebarang penapisan, menyebabkan meletusnya kreatif seni di dalam masyarakat Jepun selepas perang dunia kedua
Salah satu hasil terkenal dan dianggap sebagai hasil pelopor adalah Astro Boy yang dihasilkan oleh Osamu Tezuka pada 1951. Watak utama, Astro Boy, mempunyai watak yang bertentangan dengan watak yang dianggap ideal ketika zaman empayar jepun. Astro Boy dan sikapnya yang baik hati menandakan bermulanya zaman dimana pacifisme dan sikap baik hati diutamakan, menjadikan ia menjadi popular dalam masyarakat jepun yang mempunyai pengalaman buruk dari peperangan dan propaganda yang ada ketika itu.
Kalau Osamu Tezuka dikatakan sebagai Bapa Manga Moden, Machiko Hasegawa boleh dipanggil sebagai Ibu Manga Moden. Machik Hasegawa menghasilkan Sazae-san, Manga yang mula dikeluarkan pada tahun 1946, dimana watak utamanya, Sazae-san, telah hilang tempat tinggalnya akibat peperangan. Sazae-san menolak imej perempuan jepun ketika perang dunia kedua, iaitu perempuan yang pendiam dan mendengar kata, dan menghadapi kesusahan dengan perasaan riang, menjadikannya watak yang disukai tak kira lelaki atau wanita kerana mereka memahami situasi Sakae-san.

Superflat : Seni moden Jepun yang mengemparkan dunia

Salah satu gerakan mengenai seni jepun yang terkenal sekarang ini ialah Superflat, gerakan dimana banyak mengambil inspirasi daripada anime dan manga dan juga objek yang diratakan di seluruh medium seni Jepun. Pengasasnya ialah Takashi Murakami yang diiktiraf dan terkenal di seluruh dunia. Dia dikenali dengan seni popnya yang menyerupai Anime dan budaya Kawaii.
Banyak artis juga adalah ahli gerakan Superflat yang mula mendapat tumpuan ramai di pelbagai galeri di seluruh dunia ini seperti Chiho Aoshima, Yoshimoto Nara Aya Takano dan lain-lain. Lukisan, arca, illustrasi dan termasuk juga rekabentuk digitial dihasilkan bawah kategori Superflat yang telah dipamerkan di seluruh dunia. Takashi Murakami juga mempunyai sebuah syarikat yang dipanggil “Kaikai Kiki” dimana ia bukan sahaja mempromosikan artis Superflat tetapi juga mencari bakat-bakat baru.

Mencari seni kontemporari di Jepun

Di seluruh Jepun, ada banyak galeri dan muzium yang memberi tumpuan kepada seni kontemporari seperti National Museum of Modern Art in Tokyo, Hakone Open Air Museum, dan seluruh Pulau Naoshima di laut Seto yang mempunyai pelbagai muzium dan galeri seni oleh artis jepun.
Selain daripada muzium dan galeri seni, Jepun juga kaya dengan pelbagai festival seni seperti Echigo Tsumari Art Triennale di Niigata, Setouchi Triennale yang tersebar di pelbagai pulau di Laut Seto dan juga Nakanojo Biennale di Gunma. Tempat yang mempamerkan seni kontemporari Jepun juga meriah dan pelbagai jenis seperti seni dan artisnya, masih banyak lagi untuk ditemui.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini