Seni tembikar

Seni tembikar

Update: 23 Februari 2017

Seni tembikar adalah proses membentuk bekas tembikar atau porselin dengan membakar tanah liat pada suhu yang tinggi. Seni tembikar adalah antara budaya yang terawal dicipta di dunia dan orang Jepun juga mengamalkan budaya ini sejak dahulu lagi. Masyarakat Jepun masih lagi mengamalkan seni tembikar hingga ke hari ini. Mereka mengabungkan teknik tradisional dan moden, menjadikan tembikar keluaran Jepun sangat unik dan terkenal di serata dunia. Setiap kawasan pengeluaran mempunyai ciri-ciri tembikar yang tertentu.

Sejarah Seni Tembikar

Sejarah Seni Tembikar

Pembuatan tembikar di Jepun bermula sejak zaman Neolitik lagi. Lantas menjadikan seni tembikar di Jepun antara yang tertua dan kaya dengan pelbagai teknik. Tembikar yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk kegunaan asas, tetapi ianya juga digunakan ketika ritual keagamaan. Pada abad ke-8, Jepun telah mempelajari teknik pembuatan tembikar daripada Dinasti Tang, Cina. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan seni tembikar ini tersebar secara luas dan berkembang menjadi budaya yang penting untuk orang Jepun. Ia amat popular dikalangan masyarakat Jepun terutamanya pada abad ke-16, dimana adat "Sado" (upacara minum teh) juga mula tersebar luas di negara itu.

Keunikan Tembikar Jepun

Keunikan Tembikar Jepun

Tembikar dihasilkan dengan membakar tanah liat yang disalut dengan sayu seramik pada suhu yang tinggi. Sayu seramik adalah minyak yang berfungsi untuk menghalang kelembapan dan pada masa yang sama menghasilkan permukaan yang berkilat dan berkilauan. Terdapat juga kaedah untuk menghalang kelembapan tembikar tanpa menggunakan sayu seramik, iaitu dengan membakarnya pada masa jangka yang panjang. Sifat bahan tembikar yang sangat tahan lasak dan coraknya yang ringkas menjadikan ia digunakan dalam upacara teh "Sado" Jepun. Sifat tembikar juga menepati konsep "wabi-sabi" Sado di mana kecantikan yang sebenar dilambangkan dengan ketidaksempurnaan.

Sejarah porselin Jepun

Sejarah porselin Jepun

Berbeza dengan sejarah panjang seni tembikar, Porselin pertama yang dibuat di Jepun adalah pada awal abad ke-17. Porselin diperkenalkan di Jepun melalui ahli seni Cina yang berada di sana ketika itu. Porselin dibuat secara besar-besaran untuk dieksport ke pasaran Eropah. Seni porselin Jepun yang unik amat terkenal di negara-negara barat, terutamanya porselin yang dihasilkan dengan teknik "Arita". Walaupun porselin keluaran Jepun berkualiti tinggi dan terkenal di seluruh dunia, ia tetap tidak dapat menewaskan populariti tembikar pada ketika itu.

Sejarah Seni Porselin

Sejarah Seni Porselin

Porselin dihasilkan dengan membakar campuran tanah liat dan kuarza pada suhu yang tinggi. Oleh kerana kuarza mengandungi bahan yang sama dengan bahan-bahan mentah daripada kaca, ia menjadi lebih keras berbanding tembikar apabila dibakar. Oleh itu, ia juga amat popular walaupun proses pembuatannya agak rumit dan perlu dibuat secara teliti. Lukisan yang dilukis atas porselin juga tampak cantik dan kemas jika dibandingkan dengan tembikar. Terdapat pelbagai jenis tema dan corak yang boleh didapati untuk memenuhi cita rasa pembeli, daripada corak yang ringkas sehingga lukisan yang cantik memukau jiwa.

Proses Pembuatan tembikar dan Porselin

Proses Pembuatan tembikar dan Porselin

1. Bahan-bahan tembikar dibentuk dengan menggunakan tangan, roda tembikar (alat yang berbentuk cakera dan berputar) atau acuan
2. Bahan yang telah dibentuk dikeringkan
3. Bahan tersebut disusun di dalam oven pembakaran dan dibakar pada suhu 800° - 900° (tanpa sayu seramik)
4. Lakaran corak dilukis (lakaran sebelum disaluti seramik)
5. Ia disaluti dengan sayu seramik
6. Dibakar lagi pada suhu 1200° -1300° dengan menggunakan bahan api seperti kayu api dan gas. Pembakaran kali ini dipanggil Hon-Yaki
7. Selepas Hon-Yaki, corak dilukis pada bahan tersebut dengan menggunakan berus atau alat lukis
8. Untuk memperbaiki lakaran yang telah disalut seramik ia dibakar lagi pada suhu yang rendah iaitu pada 800°.
9.Setelah proses tersebut tamat. Ia telah siap dan boleh digunakan/dijual.

Barangan tembikar sekitar Jepun

Barangan tembikar sekitar Jepun

Terdapat beberapa jenis teknik pembuatan tembikar selain teknik Arita yang diperkenalkan tadi. Teknik Bizen terkenal dengan tembikarnya yang tidak disaluti seramik dan berbentuk tidak serata serta mempunyai bentuk dan warna yang unik. Ia dihasilkan dengan pembakaran yang tidak sekata. Manakala teknik Higa pula terkenal dengan produknya yang berwarna oren cerah. Kebanyakkan produk Oribe berwarna hijau dan teknik "Shiragaki" pula terkenal dengan pembuatan patung tanuki (rakun). Patung tanuki ini kebiasaannya diletak di bahagian depan kedai sebagai tangkal pembawa nasib baik.

Di manakah kita boleh membelinya?

Di manakah kita boleh membelinya?

Ia boleh didapati di gedung membeli-belah dan pasar raya besar seluruh Jepun. Harga dan kualitinya berbeza mengikut tempat. Tempat terkenal untuk pembuatan tembikar adalah Kasama di wilayah Ibaraki dan Mashiko di wilayah Tochigi. Kedua-dua tempat ini terletak di persisiran bandar Tokyo dan terdapat kedai khas yang menjual tembikar dan barang kraf sahaja. Ia pasti akan jadi satu pengalaman yang menyeronokkan untuk mengunjungi kedai-kedai ini terutamanya apabila kita serba sedikit mengetahui tentang barangan yang dijual.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini