Seni Tekstil

Seni Tekstil

Update: 23 Februari 2017

Cara membuat pakaian dari tekstil, termasuk pelbagai teknik mencelup warna untuk corak dan lakaran dicipta dengan cara tersendiri dan mempunyai sejarah yang panjang. Selain daripada cara mencelup warna dan menenun, termasuk cara mengait dan menyulam, memperkenalkan seni tekstil jepun yang mempunyai tradisi lama dan mempunya pelbagai jenis dan pelbagai warna.

Sejarah Seni tekstil Jepun

Sejarah Seni tekstil Jepun

Walaupun orang jepun telah mempunyai cara untuk membuat pakaian sejak dari awal lagi, Kimono seperti dikenali sekarang, tidak dipakai sehingga dimana teknik baru memotong dan menenun pakaian datang dari China pada abad ke 8. Sebelum itu mereka memakai pakaian lain, selepas itu mereka boleh memakai pakaian yang tidak kesah dengan bentuk badan, boleh dipakai sepanjang tahun, dan senang untuk disimpan.

Selepas itu, memakai kimono secara berlapis menjadi fesyen terkenal pada waktu itu dan fokus diberikan kepada bagaimana pelbagai warna melengkapi satu sama lain. Oleh kerana itu, tumpuan diberikan kepada cara pencelupan warna dan mencetak. Kombinasi warna tradisi jepun seperti dikenali sekarang dihasilkan pada waktu itu.

Perkembangan industri tekstil

Perkembangan industri tekstil

Pada asalnya, Kimono yang mewah hanya mampu dipakai oleh sebahagian orang kelas bangsawan. Tetapi keadaan ini berubah semasa zaman Edo, kuasa pemerintahan beralih daripada keluarga diraja kepada pihak bangsawan dan samurai yang mempunyai bilangan yang banyak,. Pakaian samurai terdiri daripada 3 bahagian, Kimono, Hakishimo dan Hakama. Oleh kerana itu permintaan dari pihak bangsawan dan samurai yang mendapat kuasa memerintah meningkat, menyebabkan industry tekstil berkembang. Oleh kerana ini, teknik mencelup warna, sulaman dan tenunan juga berkembang menyebabkan Kimono yang mempunyai nilai seni yang tinggi banyak dihasilkan.

Pelbagai jenis pencelup warna

Pelbagai jenis pencelup warna

Menurut sejarah, warna tradisi jepun telah ditetapkan oleh Putera Shotoku dengan mengaitkan satu set warna kepada status social seseorang. Oleh kerana itu, sesetengah warna selalu digunakan berbanding dengan warna lain dan majoritinya dibuat dengan menggunakan herba dan tumbuhan.

Ada pelbagai perwarna semulajadi yang digunakan seperti, Akane-iro (Warna merah gelap) diambil daripada akar pokok jenis Rubiaciae, murasaki-iro (warna ungu) diambil daripada akar pokok Lithospermum erythrorhizon jenis Boraginaceae dan ukon (kunyit) yang merupakan sejenis halia. Selain itu, ia kaya dengan pelbagai jenis warna, kelompok warna merah sahaja terdapat lebih dari 10 jenis warna seperti sakura-iro (warna merah jambu sakura), nadeshiko-iro (warna merah jambu), beni-iro (warna merah) serta tsutsuji-iro (warna merah jambu yang terang).

Industri Tekstil pada masa kini

Industri Tekstil pada masa kini

Pada masa kini, pakaian tradisional jarang dipakai untuk seharian tetapi dipakai pada waktu istimewa seperti upacara dan fiesta. Dibuat daripada pelbagai jenis kualiti, teknik pembuatan dan warna. Oleh kerana itu terdapat pelbagai jenis harga, dari yukata musim panas yang mempunyai harga berpatutan sehingga kimono yang menjadi harta pusaka sekeluarga.

Selain pakaian tradisional, jepun terkenal dengan pelbagai pengeluar tektsil berkualiti tinggi seperti Imabari di Ehime dan Senshu di Osaka, kedua duanya terkenal di pentas antarabangsa kerana tuala berkualiti tinggi. Masih banyak teknik tradisional dan aestetik tradisional yang dipakai sehingga kini, menjadikan tekstil jepun menyerlah dan unik.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini