Pertukangan Besi (Kinko)

Pertukangan Besi (Kinko)

Update: 2 November 2016

Di sini pengenalan tentang teknik tradisional serta sejarah "Pertukangan besi" yang telah disempurnakan menerusi jangka masa yang lama akan diberikan.

Teknik tradisional Pertukangan besi

"Kinko (Pertukangan besi)" bermaksud seni pertukangan halus besi atau merujuk kepada tukang besi itu. Jenis besi yang digunakan sangat meluas seperti tembaga, besi, perak dan juga emas. Teknik metal work ini terbahagi kepada tiga iaitu, "Tankin (penempaan)", "Chukin (penuangan)" dan juga "Chokin (pengukiran)".

Apa itu Penempaan (Tankin)

Ia adalah teknik mengubah bentuk besi dengan memukulnya menggunakan tukul. Pada asalnya, teknik ini digunakan untuk menghasilkan cermin tembaga, pedang besi atau pelindung badan, tetapi kemudian teknik ini diguna pakai juga untuk menghasilkan barangan keagamaan Buddha ketika zaman Asuka.

Apa itu Penuangan (Chukin)

Teknik ini ialah teknik membentuk besi melalui cairan besi panas yang kemudiannya dialirkan ke dalam bekas acuan yang dipanggil "Igata". Besi yang dikeluarkan dari acuan ataupun "Igata" ini akan berkilau bersinar-sinar apabila digilap permukaannya. Teknik ini biasanya digunakan ketika menghasilkan "Chagama (pot kettle untuk teh)", "kabin (pasu bunga)" atau tugu Buddha. Patung Buddha besar di Nara dihasilkan melalui teknik ini.

Apa itu "Pengukiran (Chokin)"

Ialah adalah teknik mengukir menggunakan alat pengukir yang disebut sebagai Tagane. Teknik ini digunakan ketika menghasilkan aksesori atau alat-alat perhiasan yang memerlukan kerja-kerja penelitian yang tinggi. Reka bentuk corak Token (Pedang pendek) serta Tsuba (kepingan besi berbentuk bujur yang terdapat bahagian atas pemegang pedang) yang dihasilkan menerusi teknik ini amat bermutu tinggi dan dianggap sebagai bergaya dikalangan para samurai dahulu kala.

Asal-usul Pertukangan Besi

Teknik pembuatan besi yang diimport dari China dan juga semenanjung Korea ini tiba di kawasan Kyushu terlebih dahulu. Pada awalnya, teknik ini digunakan dalam penghasilan alatan keagamaan seperti Doutaku (tembaga berbentuk loceng) dan juga cermin tembaga. Kemudian, seiring dengan perkembangan budaya teh Jepun, penghasilan cerek untuk memasak air juga semakin gemar dibuat melalui cara pertukangan besi.

Pertukangan Besi pada zaman Edo

Pada zaman Edo, semakin banyak peralatan harian yang dihasilkan secara pertukangan besi. Sebagai contoh, peralatan hiasan (okimono), cerek besi, "Kiseru" iaitu sejenis peralatan merokok adalah antara lain barangan harian yang dihasilkan dengan penuh nilai-nilai seni menjadikan kehidupan seharian orang ramai kelihatan ceria.

Pertukangan Besi yang masih mendapat perhatian pada hari ini

Hasil kerja pertukangan besi yang dibuat satu persatu secara manual dieksport ke luar negara. Teh pot kecil "Nanbu Tekki" adalah antara yang cukup istimewa dengan cirinya yang dikatakan air yang dimasak di dalamnya sukar untuk menjadi suam. Juga dikatakan bahawa, besi yang terlarut ketika air dimasak juga bagus untuk kesihatan kerana ia boleh menjadi salah satu sumber zat besi.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini