Arca

Arca

Update:

Pengenalan tentang arca yang menerapkan idea dan budaya moden, dan bukannya hasil kerja tradisional, akan diberikan.

Perubahan peranan daripada patung berhala ke pengolahan pemikiran

Pada asalnya, orang yang berkedudukan tinggi serta patung Buddha di kuil dan Jinja (kuil Shinto) serta binatang telah dijadikan sebagai model untuk karya arca. Selepas tahun 1990, budaya luar negara yang menjadikan arca sebagai persembahan politik telah tersebar ke Jepun. Karya berskala besar yang menggunakan warna serta bentuk menonjol yang membawa mesej kuat semakin banyak dihasilkan.

Pelbagai bahan yang digunakan

Di Jepun, patung Buddha yang dibuat secara tradisional kebiasaannya banyak menggunakan imej ukiran kayu, tanah liat dan varnis sebagai bahan karya. Sebaliknya, arca moden pula memperlihatkan perluasan penggunaan bahan seperti plastik dan besi keluli tahan karat yang semakin banyak digunakan.

"Pesta Kesenian" yang dianjurkan di setiap tempat

Di Jepun, sejak kebelakangan ini semakin banyak pesta kesenian yang tidak terhad lagi dibuat dalam satu dewan, tetapi pameran karya kesenian dibuat di seluruh kawasan daerah setempat itu. Ia tidak terhad di kawasan bandar besar, malah di kawasan gunung dan laut yang kehijauan meluas serta pelbagai kawasan lain juga turut menjadi tapak pesta. Melihat arca moden di dalam suasana dikelilingi alam semulajadi membawa kepada penemuan perkara baru hasil perbandingan serta pengharmonian dengan alam sekitar.

Museum kesenian yang mempunyai arca moden Jepun

"The Hakone Open-Air Museum" yang terletak di wilayah Kanagawa, bukan sahaja dilawati oleh pelancong Jepun, malah pelancong daripada luar negara juga semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pameran secara terbuka (outdoor) lebih banyak berbanding pameran secara tertutup (indoor), di mana terlampau banyak arca dipamerkan sehingga berkemungkinan tidak dapat dilihat kesemua dalam masa satu hari. Terdapat juga karya yang boleh dijadikan sebagai peralatan mainan, yang membolehkan seisi keluarga terhibur bersama.

Evolusi arca seiring dengan konsep seni

Teknik pemprosesan baru juga semakin banyak dicipta seiring dengan pengeluaran pelbagai bahan baru hasil dari perkembangan teknologi. Ia banyak menghiburkan orang ramai sebagai salah satu karya tiga dimensi (3D) dan persembahan yang tidak terikat dengan streotaip arca.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini