Percetakan blok

Percetakan blok

Update: 6 Mac 2017

Memperkenalkan Seni Percetakan Blok Kayu dan Ukiyo-e

Ukiyo-e

Ukiyo-e

Ukiyo-e adalah lukisan blok kayu yang melambangkan keunikan lukisan Jepun yang telah berkembang pada zaman Edo. Ia juga dikenali sebagai Nishiki-e iaitu cetakan berwarna kerana dicetak dalam pelbagai warna menggunakan pelbagai jenis blok kayu. Ukiyo-e adalah lukisan tentang zaman kini ataupun gambaran tentang keadaan semasa dan ini menyebabkan ianya sangat popular. Blok kayu menggambarkan kehidupan seharian manusia dan wanita yang cantik, pemandangan, landskap, adat, dan lain-lain dengan menggunakan kayu daripada pokok ceri yang tebal serta menggunakan dakwat berwarna hitam, kulit kerang yang berwarna putih dan sebagainya. Pelukis Ukiyo-e yang terkenal adalah seperti Kitagawa Utamaro, Katsushika Hokusai, Ando Hiroshige dan lain-lain lagi. Keunikannya juga turut memberi kesan kepada pelukis barat seperti Van Gogh dan lain-lain.

Ukiran kreatif

Ukiran kreatif

Cetakan lukisan Jepun, dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada proses lakaran, ukiran, dan cetakan dimana hampir kesemuanya adalah penghasilan semula. Namun, setelah lahirnya teknik baru dimana beberapa proses dalam menghasilkan satu karya itu dilakukan oleh seorang artis sahaja seperti melukis, mengukit blok dan mencetaknya di atas kertas. Teknik ini juga dikenali sebagai cetakan kreatif, diamana ianya tidak bermaksud untuk melakukan penghasilan semula, tetapi ia telah dikembangkan sebagai salah satu seni cetakan yang unik.

Percetakan blok kayu

Percetakan blok kayu

Oleh kerana percetakan blok kayu yang diukir dengan tangan dan susur tangan menjadi keutamaan, kerja menggunakan percetakan blok kayu kini diusahakan terutamanya di Kyoto. Percetakan blok kayu adalah dengan menggunakan huruf pada blok kayu itu, dimana ianya adalah hasil buatan tangan manusia, dengan garisan yang unik. Walaupun satu demi satu cetakan telah melahirkan kekaburan dan bayangan tetapi ia dianggap sebagai sesuatu yang sangat menarik. Malah pada hari ini, corak tradisi dan corak moden yang dicetak pada kertas Jepun dan kain sangat terkenal, dimana aksesori, alat tulis, barangan kraf dan sebagainya bukan sahaja terkenal di kalangan orang Jepun, tetapi juga di kalangan warga asing.

Cetakan kad Tahun Baru

Cetakan kad Tahun Baru

Pada tahun baru, ramai yang menggunakan cetakan blok untuk menghantar kad Tahun Baru kepada orang tersayang dan orang yang mereka terhutang budi. Di samping itu, ada juga yang membuat kad ucapan tahun baru yang unik dengan menggunakan permukaan pemadam dan ubi keledek sebagai blok, kemudian melukis sendiri ucapan Tahun Baru dan sebagainya seperti zodiak haiwan, ilustrasi lukisan yang bermotifkan Tahun Baru, mengukir dan kemudian mencetaknya ke atas kad.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini