HOME Lukisan
Lukisan

Lukisan

Last updated: 8 Mac 2017

Dengan menerima pengaruh budaya negara China dan budaya Barat, Jepun akhirnya dapat menghasilkan seni lukisan yang unik dan tersendiri. Ia adalah lukisan yang menggambarkan nilai pada setiap era.

Sejarah lukisan Jepun

Sejarah lukisan Jepun

Sejak zaman dahulu, banyak pertukaran budaya dari China, di samping teknik lukisan, pelbagai budaya lain seperti tulisan Kanji dan agama Buddha telah masuk ke Jepun. pada Pada akhir abad ke-19, idea lukisan Jepun telah diwujudkan bagi membezakan teknik lukisan terbaru dari Eropah setelah ianya diterima masuk ke Jepun.

Keunikan teknik lukisan Jepun

Keunikan teknik lukisan Jepun

Lukisan Jepun dihasilkan bagi menggambarkan emosi Jepun dan fikiran orang Jepun. Berbanding dengan lukisan Barat yang mempunyai ciri-ciri tiga dimensi, lukisan Jepun tidak mempunyai bayang-bayang dan bercirikan garisan kontur pada permukaan rata. Oleh kerana bahan-bahan lukisan adalah pigmen yang dicampurkan dengan gam, ia dilukis di atas sutera dan kertas hem, washi (kertas Jepun) dan sebagainya. Daun emas dan bahan yang lain juga turut digunakan bagi menghasilkan lukisan sebegini.

Yamato-e

Yamato-e

Bukannya China sebaliknya Jepun digunakan sebagai subjek melukis. Ia adalah tunjang utama yang melahirkan cerita dalam lukisan [gambar skrol]. Dengan peredaran masa, subjek telah bertukar kepada gaya [Yamato-e] yang bukan sahaja mendapat sokongan bangsawan malahan daripada rakyat biasa.

Lukisan dakwat

Lukisan dakwat

Lukisan yang menggambarkan landskap dan manusia dengan menggunakan teknik kepekatan dakwat. Pada asalnya ia adalah teknik yang telah dihasilkan di China, dan telah dibawa ke Jepun. Sekitar akhir abad ke-13, lukisan dakwat yang asli berjaya dilukis di Jepun. Ramai sami Buddha menggunakan lukisan sebegini bagi mencerminkan ajaran agama Buddha kerana hubungan dan fahaman mereka yang mendalam dengan agama Buddha.

Ukiyo-e

Ukiyo-e

Kehidupan rakyat jelata pada ketika itu banyak dilukis pada Ukiyo-e. Terdapat dua jenis teknik lukisan iaitu memindahkan cat yang telah disapukan ke atas kayu ukiran ke atas kertas yang dipanggil "Ukiyo-e hanga" dan teknik terus melukis gambar pada kain atau kertas "Nikuhitsuga". Pada era Edo, menjadi satu ikutan untuk melukis "gambar pelakon" iaitu pelakon Kabuki dengan besar dan menggunakan kecantikan klasik wanita Jepun sebagai subjek "imej yang indah". Ia kini telah menjadi popular sebagai budaya rakyat jelata.

Lukisan Jepun moden

Lukisan Jepun moden

"Lukisan Jepun" moden masih mengekalkan teknik dan cat tradisional tetapi ianya dilukis dengan menjadikan isu-isu sosial sebagai subjek dan menunjukkan perubahan pada gabungan budaya yang berbeza. Walaupun hasil seni moden telah diubah suai, kita masih dapat merasai “nafas” zaman dahulu.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari