Kraf tradisional

Kraf tradisional

Update: 29 Mac 2017

Kraf tradisional di Jepun telah wujud sejak berzaman lamanya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah diterima oleh anime dan budaya moden yang menjadikan kraf tradisional lebih dekat dan semakin berkembang di kalangan rakyat Jepun.

Sejarah

Sejarah

Bermulanya seni kraftangan Jepun boleh dijejaki dari pra-zaman lagi. Tembikar dibuat oleh orang-orang zaman itu dengan corak seperti bentuk tali iaitu "Jomon-doki" diperbuat daripada tanah liat. Selain itu, "Jomon-doki" dihiasi dengan “dogu”(patung yang diperbuat daripada tanah liat) , “magatama”(batu yang berbentuk koma), jed dan sebagainya. Zaman yang dihasilkan "Jomon-doki" dipanggil zaman “Jomon”.

Waka dan haiku

Waka dan haiku

"Waka"bermaksud lagu Jepun yang merupakan puisi gaya unik jepun. Dalam buku sejarah lama, terdapat banyak Waka menarik yang telah dikumpulkan serta pelbagai ekspresi dari lagu bangsawan hingga ke lagu rakyat yang direkodkan. Setelah dimodenkan, "Haiku" telah ditulis dengan memasukkan perkataan dan ayat yang menceritakan tentang musim, menjadi 3 baris yang corak bunyinya setiap satu 5, 7, 5.

Halaman rumah Jepun

Halaman rumah Jepun

Halaman rumah yang dibuat dengan imitasi keadaan semulajadi dapat dinikmati kecantikannya terutamanya ketika bersiar-siar. Selain daripada objek semulajadi seperti taman batu, tumbuhan, tasik dan lain-lain, terdapat juga struktur binaan didirikan, lalu terhasillah seperti aturan keseluruhan dunia dan itulah keistimewaan halaman rumah Jepun.

Shikki

Shikki

"Shikki" merupakan hasil kraftangan yang dibuat dengan mengecat beberapa lapisan urushi (sejenis cat resin) pada bahan seperti kayu atau kertas. Pelbagai jenis lukisan ditambah dengan cara menampalkan atau mengukir debu emas atau serbuk pewarna. Disetiap kawasan di Jepun, masing-masing mempunyai ciri-ciri seni shikki tradisional.

Ukiyoe

Ukiyoe

Ukiyoe berkembang pada zaman Edo. "Nishikie” merupakan ukiran kayu untuk cetakan pelbagai warna adalah ukiyoe adalah yang paling popular. Isi kandungan lukisan merangkumi segala jenis genre, contohnya daripada sindiran mengenai isu semasa sehinggalah potret orang ternama, karikatur lucu dengan lambang anjing dan kucing, potret wanita cantik, dan lukisan pemandangan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini