Sado (upacara minum teh)

Sado (upacara minum teh)

Update: 26 Oktober 2016

Sado Jepun dikenali secara meluas di luar negara. Oleh kerana terdapat pelbagai prosedur yang ditetapkan, mungkin terdapat elemen-elemen yang sukar difahami. Saya akan memperkenalkan asas dan sejarah berkaitan sado.

Apakah itu sado?

Sado ialah upacara murni yang diangkat menjadi geido (pertunjukan seni) di mana tuan rumah akan mempersembahkan upacara menyediakan teh dan menghidangkannya kepada tetamu. Kerohanian masyarakat Jepun amat terserlah di dalam upacara ini. Anda berpeluang melihat semangat kerohanian orang Jepun melalui keprihatinan mereka menyambut tetamu serta semangat "hospitaliti" yang baik dan sebagainya.

Sejarah sado

Tokoh yang telah mewujudkan sado seperti yang ada pada hari ini ialah Sen-no-Rikyu yang merupakan saudagar dan pakar teh dari era Azuchi-momoyama. Sen-no-Rikyu telah menjemput tetamu ke majlis "cha-no-yu (upacara minum teh)" dan mengetengahkan idea menghasilkan matcha (serbuk teh hijau) di mana ia telah memberikan impak yang besar kepada Sengoku-busho (komander militan pada zaman Sengoku). Pada masa ini, terdapat pelbagai aliran sado seperti Omotesenke dan Urasenke.

Bilik teh

Terdapat bilik khas untuk menjalankan upacara minum teh yang dipanggil bilik teh. Bilik teh tradisional merupakan salah satu binaan yang wujud di tengah laman yang dikenali sebagai "roji (laman terbuka yang mempunyai rumah teh)". Untuk masuk ke bilik teh, anda perlu masuk dari pintu kecil dengan menundukkan kepala yang dipanggil "nijiri-guci". Pencahayaan dalam bilik teh adalah terhad. Rumah teh mempunyai tokonoma (ruang gaya Jepun) yang dihiasi bunga dan kakejiku (skrol yang digantung) serta di hadapannya disediakan "relau" untuk memasak air panas.

Saji (perhimpunan minum teh) dan chakai (majlis minum teh)

Saji ialah upacara minum teh yang dianjurkan oleh tuan rumah untuk sebilangan kecil tetamu yang dijemput terlebih dahulu. Upacara rasmi minum teh biasanya dimulakan dengan penyajian hidangan kaiseki (set hidangan tradisional gaya Jepun) sebagai makan tengah hari. Selepas itu, upacara minum teh akan diadakan dengan penyajian 2 jenis teh iaitu "koi-cha (teh pekat)" dan "usu-cha (teh cair)".

Matcha (serbuk teh hijau)

Secara umumnya, teh hijau berbentuk serbuk yang dikenali sebagai "matcha" digunakan dalam upacara minum teh. Theanine yang banyak terkandung dalam teh hijau boleh membantu anda merehatkan diri serta berkesan dalam meningkatkan daya tumpuan.

Okashi (kuih-muih)

Okashi merupakan sajian yang amat diperlukan seiring dengan "matcha" untuk upacara minum teh. Dalam upacara minum teh, terdapat okashi yang disajikan untuk tujuan menambahkan keenakan rasa teh. Okashi biasanya dimakan terlebih dahulu sebelum meminum teh.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini