Ikebana (Gubahan bunga hidup)

Ikebana (Gubahan bunga hidup)

Update:

Saya akan memperkenalkan salah satu seni tradisional Jepun iaitu "Ikebana".

Maksud ikebana

Ikebana merupakan hobi untuk menggubah tumbuh-tumbuhan seperti bunga kemudian melihat untuk menikmati hasil gubahan tersebut. Setiap penggubahan adalah berbeza mengikut gaya dan teknik yang digunakan.

Sejarah ikebana

Ikebana yang berasal dari Jepun bermula apabila bunga-bungaan dipersembahkan dalam upacara agama Buddha semenjak zaman ia mulai diterima masuk ke dalam negara ini. Selepas ia berkembang sebagai gubahan bunga, ia semakin digemari oleh rakyat biasa. Pada masa yang sama, ramai pakar dan ahli professional seni halus yang lahir di mana segala teknik dan kemahiran seperti cara untuk memilih reka bentuk dan bahan dengan lebih teliti telah diperturunkan hingga ke generasi kini.

Ciri-ciri ikebana

Ciri-ciri ikebana yang utama adalah menggunakan setiap inci tumbuh-tumbuhan bukan sahaja bunganya yang cantik yang berkembang mekar tetapi juga ranting, daun termasuklah lumut untuk menggubah dan menikmati gubahan tersebut. Kenzan (sejenis peralatan yang mempunyai cerucuk jarum) akan diletakkan di dalam pasu pelbagai bentuk dan kesemua bahan-bahan gubahan akan dicucukkan di sini.

Cara mempamerkan ikebana

Secara umumnya, gubahan akan dilakukan secara tidak seimbang untuk menampilkan keindahan dan memanfaatkan bentuk semula jadi bunga tersebut. Selain itu, bentuk gubahan juga adalah lebih elok dicondongkan sedikit ke hadapan untuk memberikan impak yang lebih jelas. Di samping itu, kedalaman ruangan kosong di tengah-tengah hasil seni juga perlu difikirkan sebaik mungkin semasa gubahan dilakukan untuk memberikan efek 3 dimensi apabila dipamerkan kelak.

Merasai sendiri pengalaman membuat ikebana

Anda boleh merasai sendiri pengalaman membuat ikebana di kelas ikebana atau di pusat kebudayaan setempat. Terdapat juga pelbagai intipati program yang bersesuaian dengan para pelancong untuk disertai. Oleh itu, lebih elok jika anda boleh mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini