Kabuki : Teater Tradisional Jepun

Kabuki : Teater Tradisional Jepun

Update: 13 Disember 2016

Solekan unik dan pakaian yang cukup menyerlah warna-warninya adalah merupakan satu simbol ataupun keunikan Kabuki. Kabuki terdiri dari tiga karekter iaitu 歌 : irama 舞 : tarian 伎 : kemahiran dan ketiga-tiga karekter ini merupakan elemen utama bagi Kabuki. Adapun begitu, terma Kabuki adalah terma yang agak moden kerana asal-usul perkataan kabuki dikatakan berasal dari kabuku yang membawa maksud “lain dari kebiasaan”.

Permulaan Kabuki

Permulaan Kabuki

Mengapa Kabuki yang membawa maksud “lain dari kebiasaan” ini boleh menjadi sesuatu yang mencerminkan tradisi Jepun? Ia adalah kerana impak yang cukup hebat diberikan sewaktu pertama kali persembahan Kabuki di adakan di luar negara. Walaupun diketahui umum bahawa pelakon Kabuki kesemuanya terdiri daripada lelaki, pada asalnya, ia diasaskan oleh seorang wanita. Dikatakan dari dahulu lagi bahawa, wanita ini bernama Izumo Okuni dan merupakan seorang pendita wanita untuk kuil Izumo. Tugas pendita wanita adalah untuk mempersembahkan tarian kepada para dewa sebagai tanda penghormatan kepadanya, akan tetapi tarian beliau yang mempunyai keunikannya tersendiri juga dikatakan permulaan kepada Kabuki yang wujud pada hari ini. Beliau memecahkan tradisi temurun dengan mempersembahkan tarian dengan pelbagai tema dan diantaranya adalah pergaduhan antara kekasih, ataupun kehidupan seharian rakyat biasa. Persembahannya semakin mendapat tempat dihati para penonton menjadikan ianya cukup terkenal dalam masa yang singkat. Dalam pada itu, beliau juga melatih para wanita untuk menjadi penari Kabuki dan juga terdapat dikalangan yang menjadikan tarian beliau sebagai model justeru dalam masa yang singkat, kumpulan kabuki perempuan ini terus berkembang maju keseluruh Jepun.

Izumo Okuni mempersembahkan persembahan Kabuki pertamanya bersama sekumpulan wanita pada tahun 1603. Selepas 30 tahun, kerajaan Bakufu pada masa itu telah mengambil tindakan untuk melarang kaum wanita untuk mempersembahkan kabuki oleh kerana keputusan yang diambil selepas diskusi yang mengatakan bahawa, persembahan oleh wanita hanya akan menimbulkan isu moral dan erotik. Walaupun keputusan untuk menggantikan pelakon wanita dengan lelaki muda telah diambil, masih lagi timbul isu seperti sebelumnya. Akhirnya hanya lelaki tua sahaja dibenarkan untuk melakonkan persembahan kabuki. Kabuki telah berkembang pesat pada zaman Edo dan ketika itu, pelakon Kabuki dianggap seperti pop star pada zaman kini. Gaya mahupun skrip yang ditinggalkan pada zaman kini juga kebanyakannya adalah hasil nukilan pada zaman Edo.

Visual Kabuki

Visual Kabuki

Solekan unik yang dikenakan kepada pelakon-pelakon Kabuki disebut sebagai Kumadori. Warna putih, merah, biru dan perang yang digunakan adalah bertujuan untuk menimbulkan kesan saluran darah dan juga otot. Warna yang berbeza juga digunakan mengikut watak yang dibawa dan pada kebiasaannya, watak utama akan menggunakan warna yang bersifat energetik seperti merah dan putih manakala, watak jahat pula akan mengenakan warna yang sejuk dingin seperti biru. Pakaian yang dikenakan pula adalah berbeza dengan kimono biasa kerana ianya lebih menyerlah demi untuk menarik perhatian ramai. Kostum pakaian wanita juga direka khas menepati watak yang dibawa oleh pelakon seperti, pakaian serba merah bagi watak seorang puteri ataupun kimono bersulam mewah bagi perempuan simpanan.

Pentas Kabuki

(C)Shochiku Studio Co., Ltd.

Struktur pentas Kabuki adalah amat berbeza dengan pentas yang digunakan untuk persembahan teater yang lain. Ciri unik pentas Kabuki disebut sebagai hanamichi yang bermaksud "Jalan Bunga" kerana pentasnya berterusan dari bahagian hadapan pentas, merentasi para penonton dan balik semula ke bahagian belakang pentas. Ianya adalah bertujuan untuk persembahan yang disebut Mie. Mie adalah satu persembahan yang dinamik dimana pelakon akan berlari sehinga ke bahagian tengah pentas dan akan berhenti secara tiba-tiba, dan membuat satu gaya sambil memfokuskan seluruh tenaga untuk menghasil satu ekspresi muka yang menyerlahkan emosi pelakon pada ketika itu. Pentas Kabuki juga ada terdapat satu ruang bawah tanah yang dipanggil naraku (nama diberikan sempena neraka dalam ajaran Buddha) dan ruang ini bertujuan sebagai tempat dimana pelakon akan memunculkan dirinya secara tiba-tiba ditengah-tengah pementasan teater.

Pelakon Kabuki

(C)Shochiku Studio Co., Ltd.

Secara amnya, pelakon Kabuki adalah seseorang yang berasal dari satu aliran atau teater, dan sebahagian besar dari mereka ini adalah orang yang mewarisi tradisi turun temurun keluarga sebagai pelakon Kabuki. Dikatakan bahawa, Geimei atau nama pentas yang diwarisi dari ibu bapa oleh anak adalah sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan gaya unik bagi satu watak mahupun cara penyampaian watak tersebut. Antara nama-nama pentas yang terkenal ialah Ishikawa Danjuro, Onoe Kikugoro dan Bando Hikosaburo. Tambahan pula, setiap pelakon untuk setiap keturunan atau aliran mempunyai masing-masing gaya lakonan atau pun dalam bahasa Jepunnya disebut sebagai Ie no Gei. Apabila seseorang pelakon itu dilihat telah mempunyai kemahiran yang sudah cukup digilap, dia akan diberi gelaran melalui shumei – upacara penganugerahan nama.

Phenomena Kakegoe

Phenomena Kakegoe

Walaupun ada yang merasakan bahawa Kabuki ini adalah satu persembahan teater yang agak berat tetapi sebenarnya, tarikan Kabuki terletak pada perasaan uniti yang wujud diantara pelakon dan juga penonton. Ianya disebut sebagai kakegoe yang merujuk kepada jeritan yang dilontarkan oleh para penonton terhadap nama pelakon, terutamanya sewaktu detik-detik dramatik seperti Mie. Tidak terhad hanya kepada nama, jeritan seperti "Dah lama kami tunggu!!" sewaktu tirai diangkat juga dikategorikan sebagai kakegoe. Wujud juga kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan khas untuk kakegoe di mana kebanyakannya terdiri dari warga emas lelaki, tetapi dalam pada itu, juga terdapat kumpulan yang menerima kaum wanita dah juga bukan warganegara Jepun.

Teater Kabuki

Teater Kabuki

Dalam beberapa teater yang khas untuk Kabuki, Kabuki-za yang terletak di Ginza, tokyo merupakan teater yang paling terkenal sekali. Teater yang mempunyai sejarah lebih dari 100 tahun ini baru sahaja direnovasi pada tahun 2013 tetapi dalam pada masa yang sama mengekalkan struktur arkitektur tradisionalnya itu. Bangunan teater moden yang masih mengekalkan nilai aestetik tradisionalnya ini bukan sahaja menyediakan kedai-kedai yang menjual buah tangan bertemakan Kabuki, malah mesin-mesin yang boleh menjual tiket untuk satu sesi, sehinggalah untuk keseluruhan sesi tayangan juga ada disediakan. Di Kabuki-za juga ada disediakan monitor bertujuan untuk menyiarkan penerangan seperti skrip lakonan, jalan cerita, lirik lagu yang dimainkan dan juga alatan-alatan yang digunapakai sewaktu di atas pentas. Tiket tayangan Kabuki juga boleh dibeli menerusi internet.

Jom saksikan teater Kabuki!

Pada masa kini, Kabuki bukanlah satu perkara yang asing lagi buat para pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Ini adalah kerana, wujudnya bantuan dari segi visual dan audio, dibantu bersama peralatan moden, tidak ada lagi sebab mengapa untuk ketinggalan dari meyaksikan salah satu persembahan yang cukup popular di Jepun. Kabuki, pada awalnya adalah satu persembahan yang ditujukan kepada orang awam. Oleh sebab itu, tidak ada sebarang peraturan berkenaan pakaian yang harus dikenakan ketika meyaksikan Kabuki. Tiketnya juga boleh didapati dengan harga yang cukup berpatutan. Apa salahnya sekiranya anda semua luangkan seketika masa anda menyaksikan satu persembahan unik, kaya dengan expresi emosi disamping kostum yang nampak begitu hidup dan jalan cerita yang cukup mendalam ketika melawat Jepun?

*Unauthorized reproduction is prohibited.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini