"Nougaku"

"Nougaku"

Update:

"Nougaku" ialah persembahan tradisonal Jepun yang didaftarkan sebagai salah satu warisan sejarah oleh UNESCO. Persembahan tradisional ini bukan sahaja merangkumi muzik yang dimainkan ketika persembahan atau pun pelakon-pelakon yang melakonkan tarian dan juga jalan cerita, tetapi emosi dan juga perasaan yang dibawa sewaktu persembahan berjalan.

Sejarah "Nougaku"

"Nougaku" dikatakan diasaskan dari "Sarugaku" yang berasal dari Negara China sewaktu era Nara tahun ke 700. "Sarugaku" ialah persembahan berkonsep komedi yang diiringi muzik dan juga mimik lakon ini menjadi popular dikalangan rakyat biasa apabila dimainkan di kuil-kuil sebagai salah satu hiburan. "Nougaku" ini menerima pengiktirafan tinggi dari luar negara dan masih boleh disaksikan di seluruh pelosok Jepun.

Pelakon "Nou"

Pelakon utama di dalam "Nougaku" digelar "Shi-te". Watak "Shi-te" tidak hanya terhad kepada manusia, bahkan boleh juga membawa watak sebagai dewa, pahlawan, roh, roh wanita, perempuan gila, "tengu", raja naga dan pelbagai lagi. Pelakon iringan "Shi-te" digelar "waki" dan merupakan satu watak yang cukup penting bagi setiap persembahan.

Muzik iringan "Nou"

Muzik yang dimainkan oleh "Nougaku Hayashi" (kumpulan orkestra) juga penting untuk memainkan musik seiring dengan situasi lakonan "Nouyakusha". Bunyi "yo-" atau pun "ho-" yang dihasilkan menerusi alat-alat muzik yang digunakan seperti "Noukan", "Kosudzumi", "Oosudzumi" dan juga "Taiko" ini juga memainkan peranan yang cukup penting dalam merancakkan lagi suasana persembahan.

"Noubutai"

Platform bagi persembahan "Nougaku" dibuat dari pokok Cypress. Antara teater publik yang terkenal ialah "Kokuritsu Nougakudo" dan juga "Gentou jinja" yang dibina di atas laut.

Point-point sewaktu menyaksikan "Nougaku'

Sebelum menyaksikan "Nougaku" adalah lebih baik bagi anda untuk membeli "Shisho"(phamplet) yang dijual di gerai jualan "Nougakudo" (Teater persembahan Nougaku). Di dalam "Shisho" ini anda boleh membaca dari pengolahan cerita sehinggalah kedudukan para pelakon, latar sejarah dan juga sentimen persembahan yang ditulis dengan kemas.

Tatacara ketika menyaksikan persembahan

Oleh kerana tiada kod etika berpakaian, anda boleh memakai pakaian apa sahaja yang anda suka ketika menyaksikan persembahan. Para penonton pada masa kini jarang sekali bertepuk tangan atau bersiul jika dibandingkan dengan penonton pada zaman dahulu kala. Oleh kerana ini, adalah menjadi satu tatatertib untuk menyaksikan persembahan dalam keadaan senyap dan tidak bising.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini