Galeri seni

Galeri seni

Update:

Di Jepun terdapat banyak galeri seni yang mempunyai pelbagai koleksi seni dari seni tradisional seperti ukiyo-e dan lakuer hingga ke seni kontemporari dan juga seni barat.

Sejarah galeri seni di Jepun

Di Jepun, terdapat budaya "kaicho" (pameran barangan Buddha) di mana Jinjya (kuil Shinto) dan Bukkaku (kuil Buddha) yang menyimpan patung Buddha, barangan sembahan Buddha, lukisan agama, dan sebagainya akan dibuka untuk kunjungan orang awam secara berkala sejak dari dahulu lagi.
Kemudahan "galeri seni" yang terdapat seperti sekarang bermula apabila jabatan galeri seni telah diwujudkan dalam Ekspo Industri Negara Pertama yang telah diadakan pada tahun 1877.
Banyak galeri-galeri seni turut dibuka di kawasan luar bandar ketika berlakunya ledakan ekonomi pada sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an. Ia turut menerima kunjungan daripada ramai orang.

Galeri seni untuk melihat kimono

Terdapat banyak galeri seni khusus untuk mempamerkan kimono dengan pelbagai warna dan corak, di mana ia turut menarik perhatian pelukis terkenal, Claude Monet.
Selain galeri seni untuk menjejaki sejarah kimono, terdapat juga banyak galeri seni di kawasan-kawasan luar bandar di mana anda boleh melihat kraf tekstil yang telah dibangunkan di setiap kawasan. Di samping itu, terdapat juga galeri seni di Tokyo yang mempamerkan aksesori-aksesori wajib dipakai bersama kimono seperti aksesori rambut "kanzashi" (klip rambut) serta "kushi" (sikat).

Galeri seni yang mempunyai taman ala Jepun

Di barat juga terdapat banyak pencinta taman ala Jepun. Banyak juga galeri seni yang mengabadikan taman sebagai satu seni, di mana taman-taman ini dipamerkan di dalam galeri seni tersebut. Karya seni hasil daripada manusia dan alam semulajadi ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri berbanding karya-karya seni yang lain. Pengunjung dapat menikmati pelbagai pemandangan empat musim yang berbeza di sini.

Galeri seni untuk menikmati anime dan manga

Terdapat juga banyak galeri seni yang bertemakan anime dan manga serta mempunyai pelbagai konsep.
Perbandingan di antara manga dan anime, iaitu budaya seni Jepun moden yang berkait rapat dengan seni tradisional "ukiyo-e", serta budaya pop terkini mungkin juga merupakan penemuan baru yang boleh dialami pengunjung.

"Bandar seni" iaitu seni yang boleh dinikmati di seluruh kawasan

Terdapat banyak majlis perbandaran yang menggunakan seni untuk membangunkan bandar masing-masing dengan kerjasama daripada kerajaan, universiti, dan sebagainya. Antara yang terkenal adalah pulau Naoshima yang terapung di Laut Pendalaman Seto di Kanagawa-ken. Terdapat pelbagai karya-karya seni dipamerkan di serata kawasan pulau ini. Pengunjung juga dapat menikmati karya seni di alam semulajadi di pulau beriklim sederhana ini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini