Muzium

Muzium

Update:

Anda boleh mengetahui mengenai peristiwa bersejarah penting di Jepun, teknik seni terkini, teknologi terkini dan sebagainya di muzium.

Sejarah muzium di Jepun

Muzium di Jepun dikatakan telah bermula lebih dari 1000 tahun yang lalu. Tempat-tempat seperti Todai-ji dan Shosoin telah wujud sebagai tempat penyimpanan dan pengumpulan bahan-bahan penulisan. Pada zaman Edo, terdapat perhimpunan hasil tempatan di mana pengumpulan hasil produk bagi setiap kawasan diadakan, di mana ia telah digunakan untuk kajian atau pameran. Orang Jepun yang telah melanjutkan pelajaran ke Eropah dan Amerika Syarikat di antara waktu bakumatsu (tahun-tahun terakhir zaman Edo menjelang keruntuhan Tokugawa shogunate) dan permulaan zaman Meiji, telah mentafsirkan perkataan "museum" lalu berkembang ke Jepun.

Muzium bersejarah

Tidak lengkap cerita ini tanpa menyentuh mengenai Muzium Negara Tokyo. Anda dapat melihat pelbagai jenis khazanah negara, disamping dapat mengenali sejarah dan budaya Jepun. Ruangan dalaman bangunan yang penuh dengan impak daripada penggunaan peralatan pameran yang terbaru ini akan membangkitkan perasaan ingin tahu serta tahap imaginasi anda.

Muzium di mana anda boleh merasai pengalaman di masa hadapan

"Miraikan" (muzium sains dan teknologi kebangsaan) adalah muzium berharga di mana anda boleh merasai pengalaman di masa hadapan bumi serta impian ke angkasa dengan menggunakan kelengkapan teknologi canggih terkini. Pameran di sini padat dengan pelbagai pengetahuan sains yang penting dalam kemajuan manusia seperti android, robot, teleskop astronomi, stesen angkasa dan sebagainya.
Pengunjung juga boleh menyelami tema penting seperti apakah manusia yang hidup pada zaman sekarang boleh lakukan untuk bumi di masa hadapan, untuk angkasa dan juga untuk cucu dan cicit, sambil memahami tentang kehebatan teknologi Jepun.

Muzium di mana anda boleh mengetahui titik permulaan Jepun yang kini

Jepun mempunyai sejarah sebagai satu-satunya negara di dunia yang menjadi mangsa letupan bom atom. Di Hiroshima terdapat Hiroshima Peace Memorial Museum, manakala di Nagasaki pula terdapat Nagasaki Atomic Bomb Museum. Kedua-dua muzium tersebut mempamerkan keadaan ketika bom atom dijatuhkan serta gambaran kemusnahannya, keadaan proses pembaikpulihan dari hari peristiwa tersebut hingga kini, dan sebagainya. Ia merupakan satu titik persimpangan bagi Jepun zaman sekarang, dan adalah menjadi hasrat kami supaya pengunjung dapat mendalami titik permulaan bersejarah Jepun ini.

Peraturan nombor 1 di dalam muzium

Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi ketika berkunjung ke muzium.
Pertama sekali, berbual dengan suara yang kuat, atau penggunaan telefon bimbit adalah dilarang. Tetapkan mod telefon bimbit kepada "silent mode". Perbuatan makan dan minum juga dilarang sebagai langkah berjaga-jaga untuk penjagaan bahan pameran.

Peraturan nombor 2 di dalam muzium

Sebagai langkah pemeliharaan hak cipta, pengunjung dilarang menyentuh atau mengambil gambar hasil-hasil karya yang dipamerkan. Terdapat juga sesetengah tempat melarang pengunjung daripada membuat sebarang lakaran. Tetapi terdapat juga sesetengah hasil kerja seni moden yang membenarkan pengunjung menyentuh atau mengambil gambar. Jadi pengunjung perlu meneliti maklumat pada papan kenyataan ataupun membuat pertanyaan kepada petugas yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini