Kesan peninggalan petempatan manusia

Kesan peninggalan petempatan manusia

Update:

Banyak tempat-tempat kesan peninggalan petempatan manusia yang tidak dikenali sebagai kawasan pelancongan, namun tempat sebegini boleh memberi maklumat mengenai kehidupan seharian pada waktu itu dengan lebih jelas dan konkrit. Di sini diperkenalkan maksud dan kawasan kesan peninggalan petempatan manusia yang disyorkan.

Apakah itu kesan peninggalan petempatan manusia?

Petempatan manusia adalah frasa yang merujuk kepada sebuah tempat yang mempunyai pacakan-pacakan kediaman sekumpulan orang, manakala kesan peninggalan petempatan manusia membawa maksud tapak kepada petempatan manusia tersebut. Antara kesan peninggalan yang umum adalah relik Sannai-Maruyama, kesan peninggalan Funamori, tapak tinggalan Kurasawa dan sebagainya.

Objek yang berada di tapak peninggalan petempatan manusia

Selalunya ia berbeza mengikut tempat dan era, tetapi untuk tapak peninggalan yang masih baru terdapat kesan peninggalan seperti kediaman tempat tinggal dan barangan keperluan harian pada era tersebut, manakala tapak peninggalan purba terdapat tapak perkuburan dan monumen bersimbolik. Terdapat juga kawasan yang mendirikan sebuah muzium di tapak peninggalan petempatan purba yang terkenal, dan di situ dipamerkan hasil barang-barang galian arkeologi yang bersejarah.

Bayangkan suasana pada era tersebut

Di tapak peninggalan petempatan manusia, kita boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang adat dan kehidupan harian pada masa tersebut, daripada kajian ke atas relik dan tapak kediaman orang dahulu kala. Kita dapat alami liku-liku kehidupan orang Jepun dahulu kala melalui tapak-tapak peninggalan purbakala mahupun yang masih baru.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini