Joseki : Tapak peninggalan Istana

Joseki : Tapak peninggalan Istana

Update: 14 Mac 2017

Sejarah negara Jepun yang panjang telah membuatkan ia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan bangunan yang unik. Salah satu daripadanya adalah istana-istana yang dibina untuk dijadikan tempat tinggal bagi tuan tanah dan Samurai. Walaupun terdapat beberapa Istana yang masih kukuh dan kekal cantik dari dahulu, kebanyakkannya telah rosak dan musnah akibat perang dan usia. Namun begitu, ini tidak menghalang tapak-tapak peninggalan istana untuk dijadikan tempat yang menarik dan mesti dilawat ketika di Jepun. Pelbagai sejarah dan budaya Jepun boleh dipelajari dan ia pasti akan menjadi suatu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

Apakah itu Joseki?

Apakah itu Joseki?

Perkataan Joseki, secara umumnya bermaksud tapak peninggalan istana dalam Bahasa Jepun. Namun begitu ia boleh dikategori kan kepada 3 jenis iaitu ;
1.Tapak peninggalan yang langsung tidak mempunyai peninggalan bangunan atau istana
2.Tapak peninggalan yang digunakan sebagai taman untuk beriadah dan bersantai
3.Tapak peninggalan yang mempunyai sedikit peninggalan bangunan atau istana
Joseki boleh didapati di merata-rata tempat seluruh Jepun, ada yang diantaranya telah dibaiki pulih semasa Zaman Pemodenan Jepun dan ada juga yang kekal seperti waktu ia terbina dari Zaman Perang Sengoku lagi.

Cara Menikmati Keunikkan Joseki

Cara Menikmati Keunikkan Joseki

Untuk menikmati keindahan dan keunikan joseki dengan lebih mendalam, kita di nasihatkan untuk megetahui pengatahuan am tentang ciri-ciri dan seni bina Istana Jepun. Kita boleh mengetahui bilakah istana itu terbina dengan meneliti tinggalan batu-batu dan dinding istana. Kita juga boleh mengetahui bagaimanakah istana tersebut di bina dan bagaimanakah rakyat Jepun pada ketika itu memanfaatkan alam sekitar untuk membina sebuah bangunan yang unik.
Terdapat juga joseki yang tiada panduan/papan tanda disediakan untuk pelancong. Ia mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu kita boleh mengalami dan mempelajari sendiri keistimewaan Joseki tersebut. Kebiasaannya kita akan diberitahu cara bangunan tersebut dibinakan tetapi di Joseki sebegini kita diberi peluang untuk berimaginasi dan membuat teori sendiri; contohnya bagaimanakah batu-batu boleh disusun dengan rapi, di manakah terletaknya pintu masuk dan bilakah ia dibinakan. Justeru itu ia akan menjadikan lawatan ke Joseki ini lebih menyeronokkan.

Joseki-Koen : Bersiar sambal mempelajari sejarah

Joseki-Koen : Bersiar sambal mempelajari sejarah

Terdapat beberapa Joseki yang dibuka sebagai taman. Ia digelar sebagai Joseki-Koen (taman peninggalan istana). Joseki-koen agak mudah didapati kerana istana-istana di Jepun biasanya dibina di tanah tinggi, mempunyai laman yang luas serta dilindungi oleh dinding/tembok yang tinggi. Ia memang sesuai dijadikan taman untuk bersiar-siar atau berekreasi. Sebenarnya ketika istana Jepun dibinakan, lamannya memang dijadikan tempat untuk bersantai dan menenangkan fikiran. Pelbagai jenis bunga dan daun pokok-pokok akan menghiasi taman tersebut dengan pelbagai warna mengikut musim, mengingatkan kita tentang kebesaran alam dan menyedarkan kita betapa kecilnya manusia disbanding dengannya.
Sama seperti tapak peninggalan Joseki, terdapat taman yang masih mempunyai jambatan dan tembok dari zaman dulu dan ada juga taman yang hanya mempunyai tembok lama dan batu-batu kuno. Setiap taman mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Kesemua Joseki mempunyai keistimewaan tersendiri

Kesemua Joseki mempunyai keistimewaan tersendiri

Walaupun terdapat banyak Joseki di Jepun, tiada Joseki yang akan serupa jika dibandingkan antara satu sama lain. Ia bukan disebabkan masalah pengekalan tapak tersebut, tetapi ia berpunca daripada kejureteraan seni bina yang unik dan berbeza-beza mengikut daerah Jepun. Batu-batu yang digunakan, teknik-teknik pembinaan, bentuk istana dan bilangan tiang serta menara berbeza untuk setiap istana. Apabila kita mendalami ciri-ciri istana, kita bukan sahaja akan memahami ciri-ciri istana tetapi kita juga boleh membayangkan gaya hidup rakyat Jepun pada ketika itu. Oleh itu istana-istana di Jepun bukan hanya untuk orang yang meminati sejarah bahkan orang yang mencintai alam sekitar juga pasti akan terpesona dengan keindahan alam semula jadi yang hanya boleh dialami di bumi Sakura ini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini