Tempat peninggalan kui-kuil dan tempat-tempat suci

Tempat peninggalan kui-kuil dan tempat-tempat suci

Update: 5 April 2017

Anda dapat merasai sejarah Jepun melalui tempat peninggalan kuil-kuil lama dan tempat-tempat suci.

Apa itu Shaji-ato, kyu-keidai?

Apa itu Shaji-ato, kyu-keidai?

「Shaji」membawa maksud kuil dan tempat-tempat suci. 「Keidai」pula ialah kawasan yang diuruskan oleh kuil dan tempat-tempat suci. Tapak dimana terdapatnya runtuhan bangunan kuil-kuil dan tempat-tempat suci dipanggil kyu-keidai.

Sebab-sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil
(1) Bencana buatan manusia

Sebab-sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil 
(1) Bencana buatan manusia

Salah satu sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil ini adalah disebabkan oleh bencana buatan manusia. Kebanyakan kes bencana buatan manusia ini adalah kemusnahan berpunca daripada kebakaran.

Sebab-sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil
(2) Polisi Kerajaan

Sebab-sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil 
(2) Polisi Kerajaan

Dasar kerajaan yang bermatlamatkan pemodenan「haibutsu kishaku」, beberapa kuil dan tempat-tempat suci telah mengalami kemusnahan. Kerajaan ingin menjadikan agama Shinto sebagai agama rasmi dan menolak agama Buddha yang dibawa dari luar. Sebarang harta atau status yang berkaitan dengan agama Buddha akan dilucutkan.

Sebab-sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil
(3) Pergerakan penentangan

Sebab-sebab kemusnahan tempat-tempat suci dan kuil-kuil 
(3) Pergerakan penentangan

Pada masa itu pergerakan para aktivis yang menentang pihak berkuasa telah menyebabkan banyak bangunan musnah. Semasa zaman peperangan saudara, pergerakan penentangan yang dicetuskan oleh sebahagian puak yang beragama Buddha yang dipanggil pergerakan「Ikko Ikki」dipercayai telah menyebabkan kerosakan sehingga kepada kemusnahan kuil-kuil dan tempat-tempat suci.

Maksud disebalik lawatan ke tempat peninggalan kuil-kuil lama dan tempat-tempat suci

Maksud disebalik lawatan ke tempat peninggalan kuil-kuil lama dan tempat-tempat suci

Terdapat beberapa kes, di suatu sudut kawasan ofis yang dipenuhi dengan padang dan bangunan terdapat tapak peninggalan kuil-kuil dan tempat-tempat suci. Kalau anda mengetahui latar belakangnya, pasti anda dapat merasai peredaran zaman dan peraliran sejarah.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini