Makam purba

Makam purba

Update:

Makam purba yang dirujuk adalah makam yang telah dibina oleh pihak berkuasa dari abad ke-3 hingga abad ke-7. Masih terdapat banyak tinggalan makam purba di seluruh Jepun.

Sejarah

Kebanyakan makam purba di Jepun telah dibina dari akhir abad ke-3 sehingga ke abad ke-4. Pada ketika itu, Jepun masih terdiri daripada pelbagai puak di setiap kawasan dan tidak bersatu sebagai satu negara, dan perebutan kuasa sering berlaku. Setiap puak yang berkuasa menunjukkan kuasa masing-masing dengan membina makam purba yang besar. Setelah cara pengebumian bertukar daripada pengebumian kepada pembakaran mayat, semua pemakaman purba pada abad ke-5 hingga ke-6 hilang secara beransur-ansur. Makam purba yang banyak dibina pada abad ke-3 hingga ke-6 ini disebut sebagai "era bukit pemakaman".

Barang yang dikebumikan bersama

Banyak perhiasan dikebumikan di makam purba. Kebiasaannya barang-barang yang dikebumikan adalah cermin gangsa dan pedang, senjata seperti perisai dan perhiasan seperti tembikar. Malah patung berupakan manusia yang dibuat daripada tanah dan kuda yang dibentuk daripada tanah liat serta tembikar silinder juga dikebumikan bersama-sama. Semakin banyak barangan pengebumian, semakin kuat pihak berkuasa tersebut.

Said makam

Makam purba terbesar di Jepun terletak di Sakai, wilayah Osaka iaitu "Makam Purba Daisenryou (makam Maharaja Nintoku )" yang mempunyai keluasan 470,000 meter persegi termasuk parit. Makam yang kedua terbesar di Jepun, dan yang ketiga juga berada di wilayah Osaka dan ini menunjukkan bahawa banyak puak yang berkuasa berada di kawasan Kansai.

Bentuk

"Zenpokoenfun" dikenali sebagai bentuk yang popular dalam rekaan makam purba. Bentuknya adalah seperti lubang kunci. Di Jepun, makam purba terbesar iaitu "Makam Purba Daisenryou (makam Maharaja Nintoku)" juga berbentuk seperti itu. Selain itu terdapat juga bentuk makam seperti "makam bulat" atau "makam segi empat tepat", "makam oktagon" dan "makam berkentuk kereta kuda".

Tenaga kerja yang diperlukan untuk pembinaan makam purba

Untuk membina makam purba Daisenryou yang terbesar di Jepun, 2,000 orang pekerja telah bekerja selama 8 jam setiap hari dan mengambil masa selama 16 tahun untuk dibina.

Bilangan

Wilayah yang mempunyai bilangan makam purba terbanyak adalah wilayah Hyogo, iaitu sebanyak 16,577 buah makam purba. Kemudian diikuti dengan wilayah Chiba, wilayah Tottori, wilayah Fukuoka , wilayah Kyoto dan seterusnya. Sehingga sekarang terdapat 161,560 buah tinggalan makam purba di seluruh negara.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini