Mercu tanda dan monumen

Mercu tanda dan monumen

Update: 7 Disember 2016

Di Jepun, terdapat pelbagai mercu tanda dan monumen yang memperlihatkan budaya dan sejarahnya yang tersendiri. Mercu tanda dan monumen ini bukan sahaja dianggap sebagai lambang dan sejarah yang penting, malahan juga sebagai fasiliti yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Selain itu, binaan-binaan ini juga sangat mengkagumkan dari segi seni binaan.

Contoh utama mercu tanda di Jepun

Contoh utama mercu tanda di Jepun

Menara Tokyo yang terdapat di Shibakoen, Tokyo merupakan salah satu mercu tanda utama di Jepun. Nama rasminya ialah Nihon denpa-tō (yang bermaksud Menara Telekomunikasi Jepun). Bangunan ini mempunyai ketinggian 333 meter, menghasilkan gelombang elektrik yang boleh merangkumi kawasan Kanto dalam radius 100 kilometer, tahan angin, tahan api dan juga direka sebagai bangunan tahan gempa bumi. Oleh kerana Jepun merupakan negara yang banyak mengalami gempa bumi, perkara utama yang dipertimbangkan sewaktu pembinaan mercu tanda seperti Menara Tokto ini ialah daya ketahanan terhadap gempa bumi. Sehingga kini, 3 juta pelancong telah melawat binaan ini. Selain itu, pada tahun 2012, simbol baru Tokyo iaitu TOKYO SKYTREE(R) telah mula beroperasi. Bangunan ini mempunyai ketinggian 634 meter, dari dari dek pemerhatian berketinggian 350 meter , anda dapat melihat panorama leretan bangunan secara sekaligus. Sehingga kini, bagi kategori menara, binaan ini merupakan paling tinggi di dunia, manakala bagi kategori bangunan buatan manusia ianya adalah bangunan yang kedua tertinggi..

Memorial Keamanan Hiroshima

Bangunan ini telah dibina oleh seorang arkitek bangsa Czech pada tahun 1915 tetapi disebabkan bom atom yang telah digugurkan di Hiroshima pada tahun 1945, sebahagian binaan ini mengalami kerosakan. Tetapi, selepas kejadian itu, atas nilai sejarah, binaan ini dijaga dengan baik sehingga masih kekal sehingga ke hari ini. Bangunan ini secara tidak langsung menjadi simbol penting dalam menyampaikan simbolik keamanan kepada para pengunjung. Hasil pembangunan teknologi Jepun yang pesat, bangunan ini dari luarannya masih dikekalkan tetapi sebenarnya telah diubahsuai agar tahan gempa bumi.

Memorial Keamanan Nagasaki

Seperti Hiroshima, Nagasaki juga merupakan kawasan yang menjadi mangsa bom atom. Bom atom digugurkan ke bumi Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan ke Nagasaki 3 hari selepas itu. Berada di dalam Taman Memorial Keamanan, Memorial Keamanan Nagasaki dibina oleh Seibo Kitamura dengan tujuan menyampaikan mesej keamanan. Berbeza dengan Memorial Keamanan Hiroshima, memorial ini tidak menerima impak hasil gugurnya bom atom tetapi bagi masyarakat jepun, memorial ini melambangkan hasrat mereka untuk mengekalkan keamanan. Berketinggian 9.7 meter dan berat 30 tan, ia dikatakan sebagai simbolik kasih Tuhan dan rahmat Buddha. Tangan kanannya mengarah ke arah langit menandakan kedahsyatan letupan bom atom, manakala tangan kirinya pula dibina mendatar bagi melambangkan keamanan.

Simbol Osaka yang telah dilengkapi sistem tahan gempa bumi

Tsūtenkaku merupakan mercu tanda bagi Osaka yang siap dibina semula pada tahun 1956. Menara ini mempunyai ketinggian 100 meter. Pada asalnya bangunan ini terlibat dalam kebakaran yang berpunca dari panggung wayang yang berdekatan dengannya tetapi dibina semula atas permintaan penduduk setempat. 8 bulan selepas November 2014, kerja-kerja pembinaan untuk melengkapkan bangunan tersebut dengan sistem tahan gempa bumi telah dijalankan. Hasil daripada kehebatan teknologi pembinaan Jepun, proses pembinaan menara tinjau bangunan ini langsung tidak mengganggu operasi menara dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia. Berketinggian 94.5 meter, terdapat dek pemerhati di atas bumbung yang diperbuat dari kaca kukuh.

Elevator terlaju di Jepun

Elevator terlaju di Jepun

Landmark Tower yang tedapat di Yokohama merupakan bangunan 70 tingkat yang berketinggian 296.33 meter. Terdapat banyak pejabat yang berpusat di Yokohama Minato Mirai 21, dan kebanyakannya berpusat di dalam Landmark Toweri. Di tingkat ke-69, terdapat Skygarden iaitu tingkat pemerhatian yang berketinggian 273 meter. Elevator di sini merupakan elevator yang paling laju di Jepun, dengan kelajuan 750 kilometer seminit. Menara Shanghai mempunyai elevator terpantas di dunia untuk pergerakan menaik, tetapi untuk turun, elevator di Landmark Tower Yokohama ini adalah yang paling laju di dunia. Bukan sekadar berkelajuan tinggi, ianya juga tidak menghasilkan bunyi bising serta gegaran. Mercu tanda ini memperlihatkan ketelitian masyarakat Jepun.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini