Joukaku (Istana)

Joukaku (Istana)

Update: 13 Mac 2017

Negara Jepun pada zaman dahulu tidaklah aman seperti sekarang. Pembinaan istana dahulu menampilkan ciri-ciri seperti dinding yang tinggi dan kubu yang kuat untuk menahan dari serangan musuh.

Ciri-ciri istana di Jepun

Ciri-ciri istana di Jepun

Istana Jepun telah dibina bagi melindungi wilayah di sekitar istana serta bandarnya. Ini adalah seni pembinaan yang merujuk kepada samurai yang akan mempertahankan nyawa keluarga dan wilayahnya.

Keindahan istana di Jepun

Keindahan istana di Jepun

Pada asalnya istana didirikan bertujuan mengawal keselamatan kawasan sekitarnya kerana itulah ia didirikan di atas bukit dan tujuan ini telah berubah dari konsep pertahanan kepada pentadbiran bagi menunjukkan simbol kekuatan dan kemegahan dimana ada istana yang tidak lagi didirikan di atas bukit.

Adakah pembesar tinggal di istana?

Adakah pembesar tinggal di istana?

Ketika zaman perang dahulu, istana telah digunakan sebagai tempat pemerhatian dan menara kawalan untuk mengawasi keadaan perang. Walaubagaimanapun, ia menjadi sebagai simbol ketika zaman keamanan. Para pembesar tinggal di rumah mewah yang lain walaupun kerap kali dilihat berada di istana.

Istana yang masih wujud hingga sekarang

Istana yang masih wujud hingga sekarang

Dipercayai terdapat lebih daripada 20,000 istana yang telah dibina di seluruh Jepun. Walaubagaimanapun, disebabkan bencana seperti peperangan dan kebakaran, dan dasar kerajaan untuk memusnahkan sesetengahnya, hanya 12 istana yang masih kekal pada ketika ini. Malah beberapa istana juga diiktiraf sebagai khazanah negara dan terkenal sebagai antara tapak-tapak warisan dunia.

Istana Himeji

Istana Himeji

Istana Himeji terletak di wilayah Hyogo, dan merupakan salah satu daripada istana yang paling terkenal di Jepun. Ia juga dipanggil sebagai "Shirasagijo" kerana menyerupai "shirasagi" (burung bangau) yang mengembangkan sayapnya dengan indah. Sepanjang kewujudannya yang telah melebihi 400 tahun, ia adalah sebuah istana yang luar biasa yang masih terpelihara kecantikannya.

Istana Matsumoto

Istana Matsumoto

Istana Matsumoto terletak di wilayah Nagano. Walaupun secara umumnya dinding istana yang melambangkan istana Jepun adalah berwarna putih tetapi istana Matsumoto mempunyai ciri-ciri istimewa di mana asasnya ia diperbuat daripada dinding berwarna hitam.

Istana Inuyama

Istana Inuyama

Istana Inuyama di wilayah Aichi adalah terkenal sebagai sebuah istana teguh yang membelakangi tebing. Ia dibina pada tahun 1537 dan mempunyai sejarah lebih daripada 500 tahun.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini