Struktur seni bina

Struktur seni bina

Update: 7 Disember 2016

Artikel ini memperkenalkan tentang struktur seni bina yang boleh dilihat di Jepun.

Oshiro (istana)

Oshiro (istana)

Oshiro adalah tempat tinggal pemerintah kaum bangsawan yang dibina untuk menunjukkan kemegahan kuasanya pada Zaman Sengoku (Zaman pertengahan era Jepun di mana banyaknya berlaku perang antara negeri) , atau sebagai pusat melakukan pertahanan. Kecantikannya yang masih terpelihara dapat dilihat hingga zaman kini walaupun kerja-kerja membaik pulih dilakukan. "Istana Himeji" yang terletak di bandar Himeji, Hyogo telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Jiin (kuil Buddha)

Jiin adalah tempat berkumpul golongan yang beriktikad dengan agama Buddha, merupakan binaan yang didirikan sebagai tempat memberi penghormatan kepada patung Buddha. Dahulu kala oleh kerana ia juga berfungsi sebagai tempat berkumpul masyarakat setempat, jiin kecil memenuhi setiap ceruk kawasan kejiranan dan kampung.

Jinjya (kuil Shinto)

Jinjya (kuil Shinto)

Binaan unik di Jepun sebagai tempat melakukan sembahan kepada tuhan-tuhan. Di ruangan masuk terdapat "torii", yang berperanan memisahkan dunia yang fana ini dengan alam tuhan. Terdapat loceng untuk memberitahu tuhan akan kehadiran melawat kuil dan peti untuk menawarkan osaisen (duit untuk tuhan) di hadapan kuil utama jinja.

Bukeyashiki (kediaman samurai)

Bukeyashiki (kediaman samurai)

Bangunan yang dibina sebagai kediaman samurai. Keunggulan binaan ini antaranya adalah pintu masuk yang teguh dan kukuh atau dibina dengan gudang, dan ada juga yang dijadikan sebagai aset budaya berharga negara. Reka bentuknya yang pelbagai dari sebesar-besar mahligai daimyo, sehinggalah sekecil-kecil kediaman samurai gred rendah, terdapat juga kediaman yang mempunyai taman Jepun.

Menara telekomunikasi

Menara telekomunikasi

Struktur yang dibina untuk memancarkan gelombang televisyen. Ia dibina bertujuan untuk memancar gelombang radio, tetapi kini kebanyakannya telah menjadi mercu tanda di bandar ia dibina. Menara Tokyo dan Tokyo Skytree adalah yang termasyhur.

Bangunan-bangunan pencakar langit

Bangunan-bangunan pencakar langit

Terdapat banyak bangunan pencakar langit di metropolis seperti Tokyo, Osaka, Nagoya dan lain-lain. Apabila malam menjelma, landskap malam yang terhasil oleh bangunan-bangunan pencakar langit ini adalah sangat indah.

Koukakyo

Koukakyo

Koukakyo adalah adalah jambatan yang dibina merentasi landasan keretapi atau jalan raya. Terdapat jambatan dengan deretan kedai seperti pub dan lain-lain yang dibina di bawahnya, dan nama khas baginya ialah struktur koukatetsudo. Hakikatnya walaupun berada di bawah jambatan, terdapat banyak gerai kecil yang kebanyakannya adalah pub minum orang awam.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini