Musim panas

Musim panas

Update:

Jepun mempunyai empat musim dengan jelasnya, dan setiap musim mempunyai cara yang tersendiri untuk diluangkan dan dinikmati. Di dalam empat musim tersebut, saya akan memperkenalkan tentang keistimewaan musim panas yang mempunyai suhu yang tinggi ini, sambutan perayaan, dan sebagainya di musim panas.

Dari dan sampai bilakah musim panas?

Musim panas di Jeun biasanya berlanjutan selama tiga bulan iaitu antara bulan Jun hingga Ogos. Bulan Jun akan disambut dengan ketibaan musim hujan yang banyak, dan setelah selesai musim hujan tersebut, maka bermulalah musim panas. Waktu yang paling panas di Jepun bermula dari pertengahan bulan Julai hingga Ogos.

Perayaan yang meriah di musim panas

Pertunjukan bunga api diadakan di setiap tempat, dan pada masa itu juga kelihatan ramai orang yang memakai yukata. Pada waktu tersebut, banyak perayaan musim panas diadakan di bazar-bazar, dan penduduk tempatan menyambutnya dengan penuh meriah. Setiap bulan diadakan perayaan tersendiri seperti perayaan ‘Tanabata’ pada 7 haribulan Julai, dan perayaan ‘Obon’ pada pertengahan bulan Ogos.

Pelancongan di musim panas

Di Jepun, sebagai negara kepulauan dan terdiri daripada 70 peratus tanah dari keluasannya ini, anda dapat menikmati aktiviti riadah di kedua-dua lautan atau di pergunungan. Kita boleh menikmatinya dengan aktiviti renang dan meluncur di pantai , dan ada juga yang sukakan aktiviti seperti mendaki di gunung dan juga berkanu. Manakala Gunung Fuji pula mula dibuka pada bulan Julai dan menyambut kedatangan ramai pendaki pada setiap tahun.

Kelembapan yang tinggi pada musim panas di Jepun

Di Jepun, suhu biasa musim panas adalah 25℃ dan ke atas, hari yang panas terik adalah 30℃ dan ke atas, manakala suhu yang paling panas adalah yang melebihi 35℃. Disebabkan Jepun juga mempunyai kelembapan yang tinggi, maka terdapat juga keadaan di mana anda rasa lebih panas daripada suhu udara biasa. Antara peralatan yang penting untuk anda sediakan semasa anda melancong ke Jepun pada musim panas adalah seperti krim pelindung matahari, topi, payung dan sebagainya.

Kemeriahan di seluruh Jepun! Besbol sekolah menengah di musim panas

Pembukaan kejohanan besbol peringkat kebangsaan ,yang diwakili oleh sekolah-sekolah menengah dari setiap bandar, daerah dan negeri ini menjadi tumpuan masyarakat di negara ini. Walaupun perlawanan besbol peringkat sekolah ini adalah diadakan pada musim bunga dan musim panas, tetapi perlawanan musim panas biasanya mendapat tumpuan yang lebih tinggi.

Manisan sejuk dan lazat di musim panas

Aiskrim, dan ais kisar adalah antara pencuci mulut sejuk yang lazat pada musim panas. Walaupun banyak pencuci mulut yang dijual tanpa mengira musim seperti musim bunga, panas, luruh dan sejuk, namun manisan musim panas ini dihiasi dengan buah-buahan yang pelbagai warna dan menjadi kegemaran ramai.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini