Musim bunga

Musim bunga

Update:

Di Jepun terdapat 4 musim. Di dalamnya, perubahan dari musim dingin ke musim bunga membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan masyarakat Jepun. Artikel ini akan memperkenalkan tentang musim bunga di Jepun.

Hina Matsuri

Tanggal 3 Mac merupakan sambutan "Hina Matsuri" untuk kanak-kanak perempuan. "Hina Ningyou" (Patung Hina) akan dihias dan makanan ringan seperti "Hina Arare" akan disediakan. Untuk mengharapkan tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan sempurna, patung ini dipercayai dan digunakan untuk menerima dan menahan segala bala. Jika sudah melepasi tanggal 3 Mac tetapi masih tetap menghias "Hina Ningyou", adalah dipercayai ianya akan melambatkan jodoh.

Majlis kemasukan sekolah dan majlis kemasukan syarikat

Penggal persekolahan di Jepun bermula pada awal bulan April. Selain itu, kemasukan pekerja baru di sesebuah syarikat juga biasanya pada bulan April. Majlis kemasukan sekolah dan majlis kemasukan syarikat ini merupakan budaya di Jepun dan biasanya akan dikendalikan oleh pengetua sekolah atau pengarah syarikat. Bulan April merupakan "Bulan Permulaan" di Jepun.

Hanami

"Hanami" merupakan aktiviti budaya yang dilakukan bersempena dengan musim berkembangnya bunga Sakura di seluruh Jepun. Tempat-tempat tumpuan Hanami di serata Jepun akan menjadi sesak dan meriah. Masyarakat Jepun akan berkumpul mengelilingi pohon Sakura sambil membawa makanan dan minuman serta arak. Jika melawat Jepun pada musim bunga berkembang ini, masa yang ada hanya kira-kira 2 minggu sahaja sebelum bunga Sakura ini mula gugur.

Hari Kanak-Kanak

Tanggal 5 Mei pada asalnya merupakan sambutan Hari Kanak-Kanak untuk kanak-kanak lelaki dan akan dihiasi dengan "Gogatsu Ningyou" (Patung Bulan 5), "Koi Nobori" dan juga "Kabuto" dengan harapan kanak-kanak lelaki dapat membesar dengan sihat.

Golden Week

Mulai penghujung bulan April hingga awal bulan Mei, cuti umum akan berterusan di Jepun. "Hari Showa" ialah pada tanggal 29 April, "Hari Memorial Penubuhan Negara" ialah pada tanggal 3 Mei, "Greenery Day" ialah pada 4 Mei, "Hari Kanak-Kanak" ialah pada 5 Mei dan jika di tengah-tengahnya terdapat hari cuti ganti atau hari minggu, cuti berterusan yang panjang akan berlaku. Lebuh raya akan mengalami kesesakan lalu lintas disebabkan orang ramai akan keluar untuk bercuti pada waktu ini. Pengangkutan awam seperti kereta api Shinkansen dan kapal terbang juga turut mengalami kesesakan. Banyak aktiviti dan sambutan yang akan diadakan di kebanyakan kawasan bersempena dengan waktu cuti ini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini