Pemandangan

Pemandangan

Update: 6 Disember 2016

Memperkenalkan pemandangan yang menjadi kebanggaan Jepun. Sekiranya berkunjung ke Jepun, pastikan anda melihat dan menikmati pelbagai jenis pemandangan di sini.

Laut yang cantik

Laut yang cantik

Okinawa yang terletak di penghujung Selatan Jepun terkenal sebagai tempat yang mempunyai laut yang paling cantik di Jepun. Pengunjung perpeluang menemui penyu laut yang tinggal di kawasan alam semulajadi yang tidak terusik terutamanya di bahagian pulau terpencil. Selain itu, Jodogahama yang terletak di Iwate juga merupakan antara tempat mandi laut yang terkenal malah turut tersenarai dalam "100 tempat mandi laut pilihan" di Jepun.

Pemandangan gunung Fuji

Pemandangan gunung Fuji

Salah satu pemandangan yang tidak boleh dilepaskan sekiranya datang berkunjung ke Jepun ialah Gunung Fuji. Gunung Fuji yang dilihat dari Shizuoka digelar "Otoko Fuji" (Fuji Lelaki) kerana kelihatan gagah perkasa seperti seorang lelaki, manakala apabila dilihat dari Yamanashi, ia digelar "Onna Fuji" (Fuji Wanita) kerana kelihatan kecerunan gunungnya yang landai dan lembut. Selain itu, "Sakasa Fuji" (Fuji Terbalik) juga dapat dilihat dari Kawaguchiko (Tasik Kawaguchi) yang terletak di bahagian utara Gunung Fuji. "Sakasa Fuji" bermaksud pantulan Gunung Fuji dari bahagian tapak hingga puncak gunung yang kelihatan di permukaan tasik dan ini membolehkan pengunjung melihat gunung Fuji dalam keadaan simetri menegak.

Pemandangan tumbuhan asli di Jepun

Pemandangan tumbuhan asli di Jepun

Anda berpeluang melihat pemandangan taman dan sawah bukan sahaja di bahagian pinggir bandar malah juga boleh dilihat di Tokyo. Nikmati pemandangan landskap asli Jepun yang mendamaikan seperti gunung-ganang, sawah padi dan padang yang jauh kelihatan.

Bandar lama Jepun, Kyoto dan Nara

Bandar lama Jepun, Kyoto dan Nara

Terdapat banyak tokong dan kuil terkenal di Kyoto seperti Kinkaku-ji, Kiyomizu-dera dan Fushimi Inari-taisha, manakala Todai-ji pula terletak di Nara. Anda juga mungkin berpeluang bertemu dengan Maiko (pelatih Geisha) di bandar. Sila nikmati pemandangan sambil merasai kesan tinggalan sejarah Jepun.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini