Pemandangan malam

Pemandangan malam

Update:

Orang Jepun sangat sukakan pemandangan malam. Artikel ini akan memperkenalkan cara menikmati pemandangan malam dan sebagainya.

Pemandangan malam dari atas gunung

Hakodate, Hokkaido merupakan salah satu lokasi pemandangan malam yang terkenal. Pengunjung perlu menaiki Gunung Hakodate yang berketinggian 334m dengan menggunakan kereta kabel. Antara bulan Jun hingga Disember, pengunjung berpeluang melihat "isaribi", iaitu lampu yang digunakan oleh kapal nelayan untuk mengumpan sotong, manakala pada musim sejuk pula pengunjung dapat menikmati pemandangan salji serta lampu iluminasi yang cantik. Selain daripada Hakodate, terdapat pelbagai tempat untuk menikmati pemandangan malam dari atas gunung termasuklah Gunung Inasa di Nagasaki-ken serta Gunung Rokko di Hyogo-ken.

Pemandangan malam dari atas air

Lawatan untuk melihat pemandangan malam di kawasan perindustrian sambil menaiki kapal kini semakin terkenal. Pengunjung dapat menikmati suasana pemandangan malam yang sangat berbeza berbanding pada waktu siang.

Peringatan ketika ingin menikmati pemandangan malam

Memandangkan perbezaan suhu yang tinggi pada waktu siang dan malam di atas gunung mahupun ketika menaiki kapal. pengunjung adalah dinasihati supaya membawa kelengkapan memanaskan badan yang mencukupi.

Fenomena pemandangan malam

Pada tahun 2004, para pencinta pemandangan malam telah menubuhkan "Urusetia Warisan Pemandangan Malam Jepun" bertujuan untuk mempromosikan pemandangaan malam sebagai salah satu tarikan pelancongan di Jepun.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini