HOME Halaman rumah
Halaman rumah

Halaman rumah

Last updated: 21 November 2017

Memperkenalkan gaya seni bina dan sejarah latar belakang halaman rumah Jepun.

Sejarah halaman rumah di Jepun

Sejarah halaman rumah di Jepun

Halaman rumah di Jepun mempunyai sejarah lebih daripada 1000 tahun dahulu. Terdapat satu era yang mengagungkan keindahan alam semula jadi, dan juga era dimana halaman yang cantik dan mewah telah dibina oleh mereka yang berkuasa ketika itu.

Halaman Karesansui (halaman batu Jepun atau landskap kering)

Halaman Karesansui (halaman batu Jepun atau landskap kering)

Sebuah halaman tradisional Jepun yang dibina berkonsepkan laut besar dengan pemandangan abstrak dan semula jadi menggunakan pasir, batu dan batu besar tanpa air. Pasir dan batu-batu kecil ditabur di atas tanah lalu disusun dan dibentuk menjadi ombak dan sebagainya dengan penuh ketelitian. Kebiasaannya, halaman seperti ini hanya dapat dilihat dari dalam rumah.

Halaman Teh (Roji)

Halaman Teh (Roji)

Halaman yang menjadi asas kepada pembinaan halaman untuk generasi baru adalah "Chatei (taman teh)". Chatei juga turut dikenali sebagai "Roji". Chatei dibina berinspirasikan Chashitsu (bilik teh). Saiz batu pemijak yang besar dan disusun cantik menjadi simbolik kepada halaman ini dimana ia mungkin tampak biasa namun mempunyai keunikan suasananya yang tersendiri. Oleh kerana Chashitsu dihiasi bunga hidup di dalamnya, bunga yang mengeluarkan bau yang kuat dielakkan ditanam di Chatei.

Halaman Shoin-Zukuri (halaman tradisional seni bina kediaman Jepun)

Halaman Shoin-Zukuri (halaman tradisional seni bina kediaman Jepun)

Halaman shoin-zukuri dibina di kediaman samurai. Ia dibina dengan mengambil kira supaya landskap taman dapat dinikmati dari dalam yashiki (rumah agam).

Taman yang diterangi lampu

Taman yang diterangi lampu

Terdapat juga halaman Jepun yang dinyalakan lampu apabila malam menjelma. Kebiasaannya, ia terhad untuk beberapa ketika termasuk ketika musim luruh bagi menikmati Momiji (daun merah) dan musim bunga bagi menikmati pemandangan indah bunga sakura.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari