Pantai

Pantai

Update: 6 Disember 2016

Jepun adalah negara pulau yang dikelilingi oleh laut dan berkait rapat dengan laut. Sejak dahulu lagi pelbagai makanan laut dan rumpai laut dimakan, pelbagai aktiviti dilakukan seperti keluar untuk mandi laut pada musim panas dan menikmati sukan marin seperti selam skuba, memancing dan meluncur.

Apakah itu pantai?

Apakah itu pantai?

Persisiran pantai di Jepun dikenali sebagai umibe atau hamabe di mana "hama" membawa maksud menghadap ke laut. Ia merujuk kepada pembentukan pantai secara semulajadi tetapi kebelakangan ini taman marin buatan manusia yang berdekatan dengan laut juga termasuk sebagai pantai. Selain daripada kawasan pantai yang membolehkan aktiviti berenang, kawasan yang tidak sesuai untuk aktiviti berenang juga yang mempunyai topografi seperti persisiran pantai dikenali sebagai "hama" dan keseluruhannya disebut sebagai "kaihin".

Negara pulau yang dikelilingi oleh laut di setiap penjuru

Negara pulau yang dikelilingi oleh laut di setiap penjuru

Laut Jepun terletak di bahagian utara dan barat Jepun, Lautan Pasifik berada di timur dan selatan Jepun, Laut China Timur terletak di bahagian barat dan Laut Okhotsk di bahagian timur laut. Laut yang terdapat di antara Shikoku dan Honshu adalah Laut Pedalaman Seto dan dipenuhi dengan pulau yang banyak.

Akhir sekali

Akhir sekali

Walaupun tidak mempunyai peluang untuk melihat laut ketika berada di Jepun, anda boleh menikmati makanan laut yang segar hasil tangkapan di kawasan yang berhampiran dengan laut Jepun dan menikmati kurniaan laut Jepun.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini