Shinrin (Hutan) dan Sangaku (Gunung-ganang)

Shinrin (Hutan) dan Sangaku (Gunung-ganang)

Update: 6 Disember 2016

Di Jepun ,selain bandar moden, Jepun adalah sebuah negara yang juga dikelilingi dengan kecantikan alam semula jadi . Di antaranya adalah "sangaku" dan "shinrin" yang akan diterangkan dengan lebih lanjut.

Apakah itu sangaku?

Apakah itu sangaku?

Sangaku merujuk kepada gunung yang paling tinggi dan curam di antara gunung-ganang. Jepun terkenal dengan mempunyai banyak gunung-ganang yang cantik. Gunung yang mempunyai puncak tertinggi di Jepun adalah Gunung Fuji, berlatitud 3776 meter. Puncak tersebut yang diselaputi salji dikatakan gunung nombor satu di Jepun bersesuaian dengan kecantikannya . Selain itu, "Minami Alps" "Kita Alps" dan lain-lain yang terletak di tengah-tengah kepulauan Honshu, mempunyai ketinggian lebih daripada 2500 meter gunung-ganang tertumpu di situ. Malah, gunung berapi juga termasuk dalam kategori sangaku.

Jepun, negara yang banyak gunung berapi

Jepun, negara yang banyak gunung berapi

Jepun mempunyai 7% dari gunung berapi yang terdapat di seluruh dunia, 110 buah gunung berapi aktif terdapat di Jepun. Gunung berapi yang tidak aktif buat masa ini, boleh didaki sehingga kawasan berhampiran tempat keluar lava. Tetapi, jika gunung berapi tiba-tiba menjadi aktif, kawasan tersebut menjadi kawasan larangan. Gunung berapi aktif pada masa ini adalah "Sakurajima" di Kyushu

Gunung Fuji dan masalah alam sekitar

Gunung Fuji dan masalah alam sekitar

Gunung berapi yang terkenal di Jepun adalah Gunung Fuji. Gunung Fuji yang telah dinobatkan sebagai satu warisan dunia, turut menyebabkan lebih ramai orang yang datang untuk menikmati aktiviti memanjat gunung itu. Berikutan aktiviti tersebut masalah pembuangan sampah merata-rata menjadi masalah besar. Langkah-langkah untuk mengelakkan pencemaran alam diambil tindakan dengan segera.

Jepun, negara yang kaya dengan shinrin

Jepun, negara yang kaya dengan shinrin

Shinrin (hutan) adalah merujuk kepada kawasan yang mempunyai pokok-pokok subur yang tumbuh padat. Hutan di Jepun berkeluasan 70% dari kawasan tanah Jepun. Walaupun Jepun adalah pulau yang kecil, dalam kalangan negara maju Jepun mempunyai hutan yang banyak. Tetapi, pada zaman dulu, terdapat sejarah aktiviti pembalakan yang berleluasa, oleh sebab itu kebanyakan hutan di Jepun bukanlah hutan semulajadi, tetapi adalah hutan buatan yang ditanam sebagai selepas perang tamat sebagai dasar negara.

Aktiviti perhutanan yang menjadi popular

Aktiviti perhutanan yang menjadi popular

Sejak kebelakangan ini, generasi muda semakin berminat kepada kekayaan alam semula jadi, buku berkenaannya juga makin banyak diterbitkan. "Persatuan perhutanan wanita" semakin popular di mana wanita yang berminat dengan aktiviti perhutanan berkumpul dan melakukan aktiviti perhutanan. Ilmu berkaitan bencana juga boleh didalami. Malah, terdapat juga aktiviti seni dimana mereka mengumpul lumut dan menjadikannya "bola lumut"

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini