Apakah itu Pelancongan Bebas Bagasi?

Apakah itu Pelancongan Bebas Bagasi?

Update:

Di negara Jepun, terdapat beberapa perkhidmatan yang jarang-jarang ditemui di negara lain seperti perkhidmatan kereta api dan bas yang menepati masa dan penemuan semula barang yang telah hilang. Perkhidmatan penghantaran barangan juga merupakan salah satu daripadanya. Antara kemudahan khas yang disediakan ialah penetapan masa dan hari untuk penghantaran barangan, penghantaran barangan sejuk dan sebagainya. Pelancong tidak perlu risau akan kehilangan barang yang dihantar. Selain itu, perkhidmatan.

Apakah itu perkhidmatan Pelancongan Bebas Bagasi?

Apakah itu perkhidmatan Pelancongan Bebas Bagasi?

Kerajaan Jepun menerusi Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) kini giat mempromosikan perkhidmatan bagi membolehkan aktiviti pelancongan tanpa perlu membawa bagasi. Ini kerana, bagasi berlebihan akan menyukarkan pergerakan dan secara tidak langsung menjejaskan aktiviti pelancongan. Menerusi perkhidmatan ini, pelancong berpeluang menikmati pelancongan "bebas bagasi" dengan cara menyimpan beg pakaian atau cenderamata yang sudah dibeli di lapangan terbang, stesen kereta api atau kaunter pertanyaan pelancongan buat sementara waktu, ataupun dengan menghantar bagasi tersebut ke tempat penginapan.

Di manakah tempat penyerahan?

Di manakah tempat penyerahan?

Kebiasaanya perkhidmatan ini ada disediakan di lapangan terbang, stesen kereta api, kaunter pertanyaan pelancongan, pusat membeli-belah dan hotel. Syarikat-syarikat penghantaran yang terlibat ialah Yamato Transport Corporation, JAL ABC, Sagawa Express Corporation dan sebagainya. Kriteria barangan yang diterima ialah saiz yang tidak melebihi 160 cm bagi jumlah ketiga-tiga sisi barangan iaitu panjang, lebar dan tinggi, berat tidak melebihi 25kg, dan nilai barangan tidak melebihi 300,000 JPY. Pembayaran bukan sahaja boleh dibuat secara wang tunai JPY, malah ada sesetengah tempat yang menawarkan pembayaran secara kad kredit dan juga matawang asing.

Marilah kita menggunakannya!

Marilah kita menggunakannya!

Perkhidmatan ini boleh didapati di tempat-tempat yang memaparkan logo "Hands-Free Travel". Isi maklumat seperti nama, nombor telefon, masa penyerahan, masa penerimaan dan sebagainya ke dalam borang yang disediakan, serah barangan ke kaunter penyerahan dan nikmati pelancongan anda. Untuk penyimpanan sementara waktu, pastikan anda mengambil barangan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan penghantaran barangan pada hari yang sama atau hari berikutnya, jangan lupa untuk mengambil barangan di tempat yang telah ditetapkan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini