Cara penggunaan lokar syiling

Cara penggunaan lokar syiling

Update:

Kemudahan lokar syiling bagi yang ingin menyimpan bagasi. Saya ingin memperkenalkan lokasi utama pemasangan kemudahan ini dan juga cara penggunaannya.

Lokasi pemasangan

Stesen kereta api, kedai-kedai, pusat membeli belah, dan taman tema adalah antara lokasi pemasangan lokar ini. Disamping itu, di pasar raya dan sebagainya terdapat juga lokar syiling yang mempunyai fungsi penyimpanan sejuk beku.

Caj penggunaan dan jenis-jenisnya

Kebiasaannya boleh digunakan antara 300 JPY hingga 1000 JPY. Di tempat riadah dan rekreasi terdapat juga lokar syiling tanpa caj yang memulangkan balik duit selepas kita menggunakannya. Walaupun sebahagian besar lokar menggunakan kunci tetapi sekarang jenis lokar yang menggunakan nombor telefon sebagai kunci semakin bertambah. Hendaklah berhati-hati kerana harga lokar adalah berbeza mengikut saiznya.Sejak kebelakangan ini, terdapat juga beberapa tempat yang membenarkan penggunaan kad IC.

Cara penggunaan

1. Pilih lokar syiling yang terdapat kunci. Lokar yang tiada kunci adalah lokar yang sedang digunakan oleh orang lain.

2. Bukakan pintu dan masukkan bagasi, kemudian masukkan duit yang mencukupi ke dalam ruangan syiling.

3. Selepas masukkan duit, tutupkan pintu dan kuncikan, selepas itu tanggalkan kunci.

4. Semasa mengeluarkan bagasi, pintu lokar boleh dibuka menggunakan kunci jika masih dalam lingkungan caj penggunaannya. JIka melebihi tempoh masa, pintu tidak boleh dibuka selagi tidak ditambah wang. Jumlah wang yang diperlukan akan dipamerkan diruangan alur syiling, dan lokar boleh dibuka setelah dimasukkan jumlah wang tersebut.

Cara dikenakan caj

Secara kasarnya terdapat 2 jenis cara yang dijalankan. Pertama, caj yang dikenakan melebihi jam yang telah ditetapkan. Contohnya, walaupun menggunakannya dari pukul 9 pagi, atau pukul 10 malam, sehingga pukul 12 tengah malam, harganya adalah sama, tetapi setelah melebihi pukul 12 tengah malam, maka akan dikenakan caj. Satu lagi adalah, yang dikenakan mengikut kadar jam yang ditetapkan. Misalnya, setiap 3 jam, atau setiap 6 jam, dan caj akan dikenakan jika melebihi jam yang telah ditetapkan.

Waktu yang paling lama yang boleh digunakan

Kebiasaanya boleh digunakan sehingga 3 hari sahaja. Jika menyimpannya dalam tempoh masa yang panjang, kebiasaanya syarikat yang menguruskan lokar syiling akan mengeluarkan dan menyimpan bagasi tersebut. Tempoh menyimpan kebiasaannya selama satu bulan. Jika melebihi tempoh ini, kadang-kadang ia akan dilupuskan.

Barang yang tidak boleh disimpan

Wang tunai dan juga barang berharga tidak boleh disimpan, namun ia bergantung kepada tempat pemasangan. Jika berlaku kecurian ia adalah tanggungjawab sendiri. Barangan basah, binatang, dan barang yang berbahaya juga tidak boleh disimpan.

Perhatian

Sila pastikan anda tidak mengunci lokar sebelum memasukkan barangan yang sepatutnya. Setelah dikunci, ia akan dikenakan bayaran penggunaan sekali sekiranya ingin membukanya kembali. Manakala, jika melebihi lewat malam, sila pastikan terlebih dahulu waktu penggunaan yang dibenarkan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini