Kupon diskaun yang boleh digunakan semasa melawat tempat-tempat menarik atau membeli cenderamata.

Kupon diskaun yang boleh digunakan semasa melawat tempat-tempat menarik atau membeli cenderamata.

Update: 5 Disember 2016

Marilah kita gunakan kupon diskaun yang boleg digunakan di tempat-tempat yang ingin dilawati semasa melancong ke Jepun. Pengenalan tentang jenis-jenis dan cara untuk mendapatkan kupon-kupon ini serta cara menggunakannya akan diberikan.

Jenis-jenis kupon yang berguna semasa melancong

Jenis-jenis kupon yang berguna semasa melancong

Banyak kupon yang boleh digunakan semasa melancong seperti kupon diskaun bayaran masuk serta merasai sendiri pengalaman tempat yang ingin dilawati, diskaun harga pengangkutan seperti kereta api, diskaun harga semasa membeli-belah cenderamata, diskaun harga semasa menikmati hidangan di kedai makan dan sebagainya.

Cara mendapatkan kupon yang boleh digunakan semasa melancong

Cara mendapatkan kupon yang boleh digunakan semasa melancong

Kebanyakan kupon akan dikepilkan bersama dengan perancangan pelancongan atau penginapan yang diminta. Selain itu, terdapat juga kupon-kupon yang dikepilkan bersama dengan risalah tempat-tempat menarik yang boleh dilawati semasa berkunjung ke pejabat informasi pelancongan. Kebanyakan kupon tersebut boleh didapati secara percuma, namun terdapat juga kupon berbayar seperti tiket, yang kebiasaannya dibeli lebih awal.

Diskaun bayaran masuk tempat lawatan

Diskaun bayaran masuk tempat lawatan

Kebanyakan tempat-tempat menarik seperti taman tema, muzium dan zoo menawarkan kupon yang memberikan potongan harga bayaran masuk. Kebiasaannya, diskaun yang diberikan adalah dalam jumlah yang tetap seperti diskaun 100 JPY untuk bayaran masuk.

Kupon untuk kereta kabel dan bot pelancongan

Kupon untuk kereta kabel dan bot pelancongan

Terdapat juga kupon diskaun untuk bayaran menaiki kereta kabel atau lif pelancongan ke menara pemerhatian di atas bukit serta bot pelancongan di tasik atau pantai. Selain itu, terdapat juga kupon yang telah dijadikan set bersama dengan tiket kereta api untuk ke tempat-tempat tersebut.

Kupon yang boleh digunakan di kedai-kedai makan

Kupon yang boleh digunakan di kedai-kedai makan

Terdapat kupon yang diterima untuk dapatkan diskaun di kedai makan. Antaranya adalah kupon diskaun bagi jumlah bayaran harga makanan dan juga pencuci mulut percuma. Di kebanyakan kawasan pelancongan, kedai yang boleh gunakan kupon perlu dikenalpasti terlebih dahulu kerana hanya kedai-kedai yang terpilih sahaja yang menawarkan perkhidmatan kupon ini. Jika hendak menggunakan kupon, sila tunjukkan ia semasa memesan makanan atau ketika urusan pembayaran.

Kupon yang boleh digunakan di kedai cenderamata dan kios

Kupon yang boleh digunakan di kedai cenderamata dan kios

Terdapat banyak kedai cenderamata di kawasan pelancongan dan banyak juga kupon yang boleh digunakan semasa membeli cenderamata. Ada kupon yang menawarkan diskaun harga dan ada juga kupon yang memberikan hadiah lain sekiranya membeli cenderamata di kedai tersebut.

Kupon untuk perkhidmatan merasai pengalaman

Kupon untuk perkhidmatan merasai pengalaman

Terdapat banyak kemudahan yang membolehkan para pelancong merasai sendiri pengalaman budaya Jepun di tempat-tempat pelancongan ini. Contohnya seperti memakai kimono dan membuat kraftangan tradisional seperti tembikar. Perkhidmatan seperti ini, jika kupon digunakan, pasti lebih menyenangkan untuk merasai pengalaman tersebut.

Perkara penting

Banyak kupon yang boleh diguna pakai bergantung kepada penggunaannya dan tujuannya, tetapi terdapat juga kupon yang mempunyai banyak syarat-syarat untuk digunakan. Secara asasnya, kupon-kupon ini tidak boleh digunakan secara serentak. Terma dan syarat pasti tertulis dimana-mana bahagian kupon tersebut, jadi sila semak dengan teliti sebelum menggunakannya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini