Seni bina jinja dan kuil

Seni bina jinja dan kuil

Update:

Memperkenalkan tentang gaya seni bina jinja dan kuil-kuil di Jepun.

Shinmei-zukuri (sejenis gaya seni bina)

Shinmei-zukuri adalah gaya seni bina yang terdiri daripada bahagian lurus dan tidak menggunakan bahagian berlengkung langsung. Ia sering dibuat berasaskan papan di mana bumbungnya adalah bersegi tiga dan diselimuti jerami daripada batang tumbuhan kering dalam kuantiti yang banyak. Berdasarkan tiangnya bangunan itu sendiri mempunyai gaya lantai yang tinggi di mana ia dibina pada tempat yang tinggi dari tanah.

Jinja yang lazimnya berstruktur Shinmei-zukuri

Jinja yang menjadi contoh adalah Ise Jingu di wilayah Mie. Ramai orang datang melakukan sembahan sepanjang zaman kerana ia adalah jinja yang terbesar dan simbol kepada jinja di Jepun. Selain itu terdapat juga Atsuta Jingu di wilayah Aichi.

Taisha-zukuri (sejenis gaya seni bina)

Bersama-sama dengan Shinmei-zukuri, Taisha-zukuri adalah gaya seni bina jinja di Jepun dari zaman purba. Berbanding dengan Shinmei-zukuri yang mempunyai seni bina lurus Taisha-zukuri menggunakan ciri-ciri lengkung contohnya pada bumbung. Lantainya menggunakan gaya lantai yang tinggi dan disokong oleh beberapa batang tiang sama dengan Shinmei-zukuri. Apabila dilihat daripada hadapan, jinja jenis Shinmei-zukuri mempunyai bahagian kiri dan kanan yang luas sebaliknya, Taisha-zukuri pula mempunyai binaan yang direka jauh ke dalam.

Jinja yang lazimnya berstruktur Taisha-zukuri

Izumo Taisha yang terdapat di wilayah Shimane. Ia terkenal sebagai jinja di mana Tuhan-Tuhan di Jepun berkumpul setahun sekali.

Seni bina tradisional Jepun

Seni bina tradisional Jepun mengambil pengaruh negara China yang membangunkan seni bina tradisional gaya Zen, sebaliknya Daibutsuyo pula merujuk kepada gaya seni bina yang telah digunakan di Jepun sebelum itu lagi. Kelebihannya adalah silingnya yang direka rendah. Kebanyakannya mempunyai ruangan dalam bilik yang tenang dan menyerupai dengan kediaman golongan bangsawan zaman Heian. Di samping itu, laluan lantai berkayu iaitu "engawa" (beranda) dibuat di sekeliling bahagian luar. Kuil terkenal yang mempunyai seni bina tradisional Jepun adalah Byodoin-hoodo di wilayah Kyoto. Ia adalah satu bangunan indah bersimetri kiri-kanan yang menggambarkan seperti seolah-olah legenda burung "hoo" (Phoenix) mengembangkan sayapnya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini