Cara melawat jinja (kuil agama Shinto) dan kuil (kuil agama Buddha)

Cara melawat jinja (kuil agama Shinto) dan kuil (kuil agama Buddha)

Update:

Cara penyembahan di jinja dan di kuil adalah berbeza. Mari belajar peraturan dan cara melawat.

Memasuki jinja

Nama jinja kebiasaannya berubah bergantung kepada jenis tuhan yang bersemayam di situ. Terdapat pelbagai jenis tuhan seperti tuhan maharaja, tuhan peperangan, tuhan alam semulajadi seperti tuhan gunung dan lain-lain. Terdapat sejenis pintu gerbang yang dipanggal "torii" di jinja. Di bahagian hujung adalah kawasan tuhan, tunduk sekali dan seterusnya melewati torii. Berjalanlah di laluan lorong yang panjang yang dipanggil "sando" sehingga ke penghujung. Di tengah-tengah lorong adalah jalan laluan tuhan.

Cara menggunakan chozusha

Sebelum melawat jinja, basuh tangan dan mulut di "chozusha" yang terdapat berdekatan pintu masuk. Bersihkan jiwa anda di sini.
1. Cedok air dengan pencedok menggunakan tangan kanan, basuh tangan kiri.
2. Seterusnya basuh tangan kanan.
3. Ambil sekali lagi pencedok, kumpul air di atas tapak tangan kanan dan masukkan ke dalam mulut.
4. Akhir sekali basuh tangan kanan, letak kembali pencedok yang telah dibersihkan dengan keadaan telangkup.

Cara melawat

Apabila sampai di kuil, anda boleh beribadat. Masukkan duit ke dalam "kotak membuat permintaan" yang disediakan untuk menunjukkan rasa syukur kepada tuhan. Tidak kisah berapa nilai duit tersebut. Tarik tali yang tergantung pada syiling dan bunyikan loceng. Selepas itu terdapat peraturan iaitu "tunduk 2 kali, tepuk tangan 2 kali, tunduk 1 kali"
1. Tundukkan kepala 90 darjah hingga ke paras pinggang sebanyak 2 kali.
2. Tepuk tangan 2 kali di bahagian hadapan dada.
3. Rapatkan tangan, perkenalkan diri, sampaikan rasa syukur kepada tuhan dan berdoa.
4. Akhir sekali, tamatkan dengan menundukkan kepala 90 darjah hingga ke paras pinggang sekali lagi.

Perlindungan dan omikuji

Selain melawat jinja, terdapat perkara lain yang menyeronokkan. "Omikuji" adalah tilikan nasib mengikut kehendak tuhan. Pada asalnya ia digunakan untuk tujuan politik, tetapi kini ia dijadikan sebagai loteri untuk meramalkan nasib sendiri. "Goshuin" adalah bukti bahawa anda telah melawat ke satu-satu kuil dan di setiap kuil mempunyai ciri-ciri tersendiri serta menarik juga untuk dijadikan koleksi. Harganya yang murah iaitu sekitar 300 JPY sehingga 500 JPY juga merupakan satu tarikan.

Pemujaan di kuil Buddha

Tuhan Buddha diabadikan di kuil Buddha. Pada asalnya ia adalah tempat latihan sami. Terdapat pelbagai rupa Buddha, cara untuk menikmati kuil Buddha adalah dengan merasakan ekspresi muka dan aura tuhan Buddha.

Cara melawat kuil Buddha

Dalam perjalanan ke kuil utama untuk menyembah tuhan Buddha, oleh kerana terdapat tempat penyucian yang sama seperti di jinja, lakukan penyucian dengan cara yang sama seperti di jinja. Jika ada disediakan tempat membakar colok, penyucian juga boleh dilakukan menggunakan asap colok dengan cara membakar colok, gosok dan bersihkan diri dengan asap yang dikeluarkan oleh colok. Di bahagian utama kuil, sama seperti di jinja, bunyikan loceng dan masukkan wang sumbangan. Tutup mata dan rapatkan tangan, tundukkan kepala dan berdoa. Anda tidak perlu menepuk tangan di kuil, hanya merapatkan tangan sahaja.

Kesimpulan

Anda akan dapat merasai nilai kerohanian masyarakat Jepun dengan belajar mengenai cara mereka beribadat disamping belajar mengenai bangunan bersejarah serta keindahan alam semulajadi.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini