Cara mandi di onsen (kolam air panas semula jadi) dan sento (rumah mandi awam)

Cara mandi di onsen (kolam air panas semula jadi) dan sento (rumah mandi awam)

Update:

Adab yang harus diketahui sebelum memasuki fasiliti mandi seperti onsen dan sento.

Persediaan untuk mandi di onsen.

Tanggalkan baju di bakul atau loker yang tersedia di bilik persalinan di fasiliti mandi. Biasanya kita tidak memakai baju renang atau baju dalam apabila mandi di onsen. Sila bawa tuala yang kecil sahaja dan tanggalkan tuala mandi di bakul. Adalah lebih selamat sekiranya loker tersebut boleh dikunci, jika anda membawa barangan berharga. Ada juga loker yang boleh dikunci dengan menggunakan duit syiling.

"Kakeyu (menyiram air panas ke atas badan)" sebelum memasuki onsen

Apabila anda memasuki bilik mandi, anda harus mematuhi adab dengan melakukan "kakeyu" iaitu membersihkan peluh dan kotoran badan dengan menyiram air panas ke atas badan. Sila menggunakan pancuan air untuk menyiram badan agar anda dapat menyesuaikan diri dengan air panas. Para wanita harus mencuci mekap untuk mengekalkan kebersihan kolam air mandi.

Jangan mencelup tuala di kolam air panas.

Anda tidak boleh mencelup tuala anda di kolam air panas. Letakkan tuala di atas kepala atau di tepi kolam air panas. Jangan melompat ke dalam kolam air panas seperti yang dilakukan di kolam renang. Dan juga, anda dilarang untuk menambah air sejuk atas sebab air terlalu panas tanpa izin.

Kekalkan kebersihan gayung dan bangku mandi.

Apabila anda menggunakan pancuan air untuk membasuh kepala dan badan, anda boleh menggunakan gayung dan bangku mandi yang terletak berhampiran untuk kemudahan anda. Sila mengembalikannya ke tempat asal setelah anda menggunakannya. Sila menyiram dengan pancuan air untuk memastikan tidak ada sabun atau sebagainya tertinggal setelah anda menggunakannya. Jagalah adab dengan menunjukkan timbang rasa kepada orang lain dengan kemas dan bersih.

Jangan menggunakan barang milik orang lain tanpa izin.

Sila berjaga-jaga sekiranya terdapat syampu atau sabun di dalam bakul plastik kecil di tempat membasuh badan, kemungkinan besar ia dibawa oleh orang lain secara peribadi. Anda boleh guna syampu dan sebagainya yang disediakan untuk awam. Sila membuat pertanyaan terlebih dahulu kerana ada fasiliti yang tidak menyediakannya.

Peringatan semasa kembali ke bilik persalinan.

Jangan kembali ke bilik persalinan dengan badan yang masih basah. Lapkan kepala dan badan dengan tuala secara ringan sebelum kembali ke loker. Selepas itu, lapkan badan secara menyeluruh dengan menggunakan tuala mandi yang lebih besar.

Memastikan kebersihan setelah menggunakan tempat cuci muka.

Biasanya pengering rambut diletakkan di tempat cuci muka. Sila menunjukkan timbang rasa kepada orang lain dengan mengelap sekeliling dengan tisu atau sebagainya selepas mengeringkan rambut. Sila menggunakannya dengan cepat sekiranya ada orang yang menunggu anda.

Adakah dilarang masuk ke onsen jika ada tatu?

Sila memastikan terlebih dahulu kerana terdapat banyak fasiliti onsen tidak membenarkan pelanggan yang bertatu untuk mandi di dalam onsen.

Akhir kata

Walaupun terdapat banyak peraturan yang perlu dipatuhi di fasiliti mandi seperti fasiliti onsen dan sento, asasnya adalah "jangan buat orang lain tidak selesa". Sila baca dengan baik dan semoga anda dapat menikmati mandian di onsen dengan selesa.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini