HOME Gunakan dengan sesuai lesu jet (jet-lag)! Lokasi menarik waktu malam dan awal pagi di Jepun
Gunakan dengan sesuai lesu jet (jet-lag)! Lokasi menarik waktu malam dan awal pagi di Jepun

Gunakan dengan sesuai lesu jet (jet-lag)! Lokasi menarik waktu malam dan awal pagi di Jepun

Date published: 12 Februari 2020

Tokyo, bandar yang tidak tidur 24 jam. Memperkenalkan lokasi pelancongan khas untuk waktu awal pagi dan larut malam.

Bersiar-siar di sekitar kawasan Tsukiji, pasar yang terbaik di dunia.

Bersiar-siar di sekitar kawasan Tsukiji, pasar yang terbaik di dunia.

Dikatakan bahawa lokasi awal pagi yang popular, sudah tentulah "Tsukiji Market" yang berada di Tsukiji, Tokyo. Turut digelar nama sebagai dapur Tokyo, terdapat hasil laut segar, sayur-sayuran dan sebagainya dijual di situ pada setiap hari. Di sekitar kawasan pasar terdapat pekan kecil, dan anda boleh beli barang makanan yang segar pada harga yang berpatutan. Oleh kerana terdapat banyak kedai makan yang mula buka kedai dari awal pagi, maka eloklah anda cuba pergi dan alang-alang bersarapan terus di sana.

Menikmati pemandangan waktu senja di Tokyo Wangan

Menikmati pemandangan waktu senja di Tokyo Wangan

Jika ingin menikmati pancaran sinaran matahari awal pagi, "Umihotaru Parking Area" dan "Haneda Airport International Passenger Terminal" yang bertapak di Teluk Tokyo adalah yang paling sesuai. Sambil merasai angin bayu laut, anda boleh melihat matahari pagi terbit dari ufuk laut bertentangan. Oleh kerana kedai minuman di dalam fasiliti mula dibuka dari awal pagi lagi, bolehlah anda menghabiskan masa dengan santai sambil menghirup kopi.

Menghabiskan masa dengan tenang di fasiliti bilik mandi

Menghabiskan masa dengan tenang di fasiliti bilik mandi

Masuk mandi pada awal pagi adalah satu perkara yang istimewa. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak bilik mandi awam yang beroperasi sehingga larut malam atau awal pagi. Semakin besar sesebuah fasiliti itu, semakin banyak pilihan yang ada selain daripada kolam air panas, seperti sauna, salun rawatan kecantikan, ruang menonton wayang dan sebagainya, dan anda boleh menghabiskan masa tanpa tergesa-gesa dan penuh rehat. Terdapat banyak juga fasiliti yang menyediakan tuala dan pakaian dalam bilik, dan anda boleh pergi ke tempat tersebut tanpa was-was.

Dapatkan sayuran segar di pasar pagi

Dapatkan sayuran segar di pasar pagi

Pada hujung minggu, di plaza terbuka dekat bangunan pejabat akan terdapat gerai-gerai yang menjual sayuran dan buah-buahan yang baru sahaja dipetik, roti yang masih panas, manisan, barangan am dan sebagainya. Ia adalah tempat di mana anda boleh bersarapan selain daripada membeli-belah. Oleh kerana kebanyakannya tidak diadakan pada hari yang tetap, periksalah terlebih dahulu.

Menghalakan pandangan ke arah landskap malam 1 juta Dolar

Menghalakan pandangan ke arah landskap malam 1 juta Dolar

Terdapat banyak lokasi landskap malam di Jepun yang penuh dengan deretan bangunan-bangunan tinggi. Anda boleh menikmati landskap malam penuh romantik yang dihujani dengan sinaran lampu neon bandar dan lampu kereta. Dari menara mercu tanda seperti Tokyo Tower, bukan sahaja landskap malam, malah adalah berbaloi untuk melihat gunung Fuji yang dipancari dengan sinaran matahari petang dan pemandangan Yokohama.

Mengorak langkah ke kedai yang beroperasi pada larut malam

Mengorak langkah ke kedai yang beroperasi pada larut malam

Tokyo mempunyai banyak kedai yang beroperasi selama 24 jam seperti kombini (kedai serbaneka) dan pasar raya. Melangkaui genre sebelum ini, kini terdapat juga kedai yang beroperasi pada waktu lewat malam sahaja seperti kedai manisan dan kedai roti. Mungkin nampak menarik untuk anda cuba keluar menuju ke bandar Tokyo pada waktu lewat malam dan mencari makanan yang baru sahaja siap dibuat.

Marilah melihat wayang di kawasan menyerupai ruang hotel

Marilah melihat wayang di kawasan menyerupai ruang hotel

Di dalam bandar terdapat banyak bilangan panggung wayang, dan bilangan panggung wayang yang membuat tayangan dari lewat malam ke awal pagi bukanlah sedikit. Di antaranya, terdapat tempat yang menyediakan pelbagai jenis minuman di tempat duduk bergred tinggi seperti kerusi dibaluti kulit atau kerusi berbaring, maka anda boleh menonton wayang dengan perasaan seolah-olah berada di ruang menunggu hotel.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari