HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Ikebukuro yang dahulu dan sekarang
Ikebukuro yang dahulu dan sekarang

Ikebukuro yang dahulu dan sekarang

Last updated: 19 Mei 2020

Saya akan memperkenalkan keindahan Ikebukuro, sebuah bandar yang popular di kalangan golongan muda dan ramai pelajar.

Tentang Ikebukuro

Ikebukuro merupakan salah satu daripada 3 bandar utama Tokyo yang membangun selain daripada Shinjuku dan Shibuya. Berpusat di stesen kereta api Ikebukuro, banyak kedai makan, kedai serbaneka dan juga kedai khusus tertentu dibina di sini. Suasana bandar ini adalah berbeza di bahagian barat dan timurnya.

Pencapaiannya

Pencapaiannya

Terdapat sebuah kolam (ike dalam bahasa Jepun) yang berbentuk seperti beg (fukuro dalam bahasa Jepun) di sebelah pintu barat stesen kereta api. Oleh itu, kolam tersebut dipanggil sebagai fukuroike (ataupun maruike), yang mana akhirnya ia menjadi nama bagi kawasan ini. Pada asalnya, ia adalah sebuah kawasan luar bandar tetapi pada tahun 1933, ia menjadi sebuah bandar yang meriah apabila gedung membeli-belah siap dibina. Anda juga boleh menaiki kereta api Seibu dan Tobu di Ikebukuro. Pada masa kini, penyelenggaraan dan pengindahan bandar sedang dijalankan.

Pintu masuk sebelah barat stesen kereta api Ikebukuro

Pintu masuk sebelah barat stesen kereta api Ikebukuro

Bahagian barat pintu masuk stesen kereta api ini adalah kurang sikit sesaknya berbanding di sebelah timur. Oleh itu, ia lebih kepada suasana santai. Terdapat satu taman yang luas berhampiran dengan stesen ini dan ia juga selalu digunakan untuk penggambaran drama. Di tepi taman pula terdapat juga pentas teater.

Pintu masuk sebelah timur stesen kereta api Ikebukuro

Pintu masuk sebelah timur stesen kereta api Ikebukuro

Terdapat banyak tempat menarik di bahagian timur pintu masuk stesen kereta api ini seperti akuarium dan planetarium. Pada hujung minggu, ramai orang membeli-belah di sini.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari