HOME Roppongi Roppongi yang dahulu dan sekarang
Roppongi yang dahulu dan sekarang

Roppongi yang dahulu dan sekarang

Update:

Roppongi terkenal sebagai bandar hiburan yang mempunyai deretan kedai makan dan kelab malam. Bandar ini mempunyai sejarahnya tersendiri iaitu menempatkan rumah-rumah agam pada zaman Edo. Sejak kebelakangan ini, bandar ini menjadi semakin menarik apabila lebih banyak pembinaan didirikan seperti muzium dan pusat membeli-belah. Di sini, saya akan memperkenalkan Roppongi dengan lebih lanjut.

Roppongi yang sekarang

Bagi orang Jepun, Roppongi merupakan tempat untuk berhibur pada waktu malam. Ramai orang akan berkumpul di kelab malam, bar dan pusat layanan seksual pada hujung minggu. Selain itu, kelibat pelancong asing juga banyak kelihatan di sini, menunjukkan ini adalah sebuah bandar yang hidup sehingga lewat malam. Apabila banyak bangunan syarikat-syarikat terkemuka dan kedai menarik didirikan, bandar ini dibanjiri oleh kaki membeli-belah dan para pekerja pula pada waktu siang. Para pengunjung yang berbeza pada waktu siang dan malam ini juga menjadi salah satu perkara menarik tentang Roppongi.

Roppongi yang dahulu

Roppongi dikatakan sebagai sebuah kawasan yang sunyi sebelum zaman Edo kerana tidak terdapat sebarang pembangunan di situ. 400 tahun sebelum ini sewaktu zaman Edo baru bermula, "Istana Edo" (sekarang adalah istana diraja) menempatkan rumah-rumah askar jeneral dan orang-orang besar pada zaman tersebut. Selepas berakhirnya zaman Edo, daripada zaman Meiji ke Taisho sehinggalah ke permulaan zaman Showa, ia dijadikan sebagai kubu tentera. Kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan markas-markas tentera yang menjalani kehidupan harian di situ. Roppongi terpilih sebagai kubu tentera kerana tanahnya yang luas, tidak seperti sekarang yang sesak dengan pembangunan.

Suasana bandar di Roppongi

Roppongi yang terdiri daripada bandarnya sendiri, mempunyai suasana yang cukup berbeza dengan Shinjuku, Shibuya ataupun Ikebukuro. Ramai orang asing yang gemar menghabiskan masa di kedai makan dan kelab di sini manakala remaja Jepun pula gemar berkumpul di sini menjadikan ia sebuah bandar antarabangsa. Selain itu, sekolah antarabangsa juga banyak terdapat di sini kerana terdapat penempatan pegawai kedutaan asing dan kakitangan syarikat-syarikat korporat dari luar negara. Oleh kerana terdapat percampuran pelbagai budaya di sini, maka pelbagai perkara menarik juga lahir dari bandar ini.

Roppongi, sebuah bandar yang mesra pelancong asing

Terdapat banyak tempat di Jepun yang penduduknya tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi berlainan di Roppongi di mana mereka yang memahami bahasa Inggeris mudah agak ramai. Oleh itu, ia menjadi tempat berhibur bagi pelancong asing tanpa perlu bimbang apa-apa pun. Selain itu, kedai yang mesra pelancong asing juga banyak terdapat di sini di samping kedai-kedai yang menawarkan makanan terkenal Jepun. Sudah pastilah bandar ini amat bersesuaian sekali dengan para pelancong asing untuk berhibur.

Mari nikmati kehidupan malam di Roppongi!

Di Roppongi, anda boleh membeli-belah pada waktu siang, manakala pada waktu malam pula anda boleh menikmati minuman keras. Bagi orang Jepun sendiri, ini adalah bandar yang tidak terdapat di mana-mana pun. Anda disyorkan untuk memasukkan tempat ini ke dalam senarai tempat melancong anda. Cuma, sila berhati-hati pada waktu malam kerana terdapat banyak orang yang mabuk.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini