Panduan ringkas! Perkara penting dalam sejarah Jepun

Panduan ringkas! Perkara penting dalam sejarah Jepun

Update:

Jepun adalah salah satu daripada kuasa ekonomi yang mewakili Asia. Perjalanan Jepun dalam mencapai apa yang ia ada sekarang melibatkan beberapa titik perubahan dalam sejarahnya. Mari kita menguraikan sejarahnya untuk menemui semula keindahan Jepun.

Masa kini Jepun boleh dilihat jika anda melihat masa lalunya!

Di abad yang ke-3 Jepun muncul di dunia sebagai sebuah negara, walaupun namanya pada ketika itu adalah berbeza. Jepun telah dipaparkan dalam buku sejarah Cina bertajuk "Gishi Wajinden". Di bawah ini, mari kita mendapatkan gambaran tentang bagaimana Jepun dibentuk sebagai sebuah negara, dengan gaya berita, untuk membantu anda memahami dengan mudah.

Wanita lebih kuat !? Himiko menyatukan Jepun

Jepun adalah sebuah negara yang kecil, yang dipanggil "Wakoku" sebelum atau selepas abad pertama hingga ka akhir abad ke-7 apabila ia telah dinamakan Nihon. Adalah dipercayai bahawa terdapat 30 atau lebih wilayah wilayah terdiri dari kecil ke besar dalam saiz, dan peperangan tidak pernah berhenti. Kemudian, Maharani "Himiko" yang berkuasa telah muncul, ketua-ketua dari wilayah masing-masing menyokong Himiko sebagai ratu Wakoku. Sejak itu, peperangan tidak lagi berlaku. Pada sekitar abad ke-4, pusat "Yamato Imperial Court" ditubuhkan dan Jepun disatukan sebagai negara.

Perebutan kuasa Jepun pertama berlaku!

Dalam zaman Asuka, iaitu abad ke-7, berlaku " Pembaharuan Taika", satu insiden di mana Soga yang menjadi anggota keluarga besar Maharaja, yang membina sebuah kuasa utama dalam perkumpulan maharaja telah dibunuh. Ini juga dirujuk sebagai rampasan kuasa pertama di Jepun. Puak Maharaja yang tidak berpuas hati dengan Soga yang menghina Maharaja adalah orang di belakanginya. Akibatnya, politik Jepun mula menuju ke arah merealisasikan penguasaan berpusat dengan keluarga Maharaja sebagai pusatnya.

Zaman Nara yang kaya dengan ciri-ciri antarabangsa

Semasa "Zaman Nara" yang bertahan selama kira-kira 80 tahun dari 710 AD, pertukaran hubungan diplomatik dengan China di lakukan secara aktif bersama-sama dengan pembangunan system undang undang yang tertumpu kepada maharaja. Jepun pada masa itu menerima pengaruh budaya yang kuat dari Dinasti Tang di China, dan kerap menghantar utusan dipanggil "Kentoshi" ke China untuk mempelajari budayanya secara mendalam. Dalam tempoh ini, kuil-kuil besar seperti Daian-ji, Koufuku-ji dan Todai-ji, "Great Buddha of Nara" yang terkenal juga telah dibina.

Zaman Heian di mana budaya Jepun berbunga

"Zaman Heian" bermula pada lewat abad ke-8. Keunikan budaya Jepun, seperti waka dan tanka berkembang selepas "hiragana" dicipta. Melihat kepada pakaian wanita dalam istana. Mereka memakai "Jyuni-hitoe", beberapa lapisan kimono berwarna-warni dengan melepaskan rambut hitam panjang. Adalah dipercayai bahawa bentuk asal fesyen yang mewakili kecantikan wanita Jepun dilahirkan dalam tempoh ini.

Keghairahan berperang! Kelahiran samurai

Sehingga Zaman Heian abad ke-11, Jepun diperintah oleh Maharaja. Tetapi pada abad ke-12, tentera yang memainkan peranan pengawal untuk bangsawan mula mendapat kuasa. Tentera yang mendapat kuasa dengan kekerasan menubuhkan "Bakufu (shogunate)", satu mekanisme politik yang dikendalikan oleh tentera buat kali pertama pada abad ke-12, dan era Samurai bermula. Walaubagaimanapun, peperangan meletus di merata tempat di negara ini disebabkan oleh perebutan kuasa oleh puak-puak samurai. Peperangan dan kekecohan berlangsung sehingga negara itu bersatu. Tempot ini dipanggil "Sengoku Jidai (Zaman Peperangan)".

Tiga panglima perang yang bertanggungjawab ke atas sejarah Jepun

Di zaman perperangan, bukan sahaja samurai tetapi petani juga dipaksa terlibat dalam peperangan, dalam keadaan di mana golongan bawahan beria-ia untuk menumbangkan golongan atasan.
Di tengah-tengah abad ke-16, seorang askar "Nobunaga Oda" berjaya menamatkan zaman perperangan dan tanda-tanda penyatuan negara mula dapat dilihat. Walaubagaimanapun Nobunaga telah dibunuh oleh orang suruhan. Bagaimanapun, selepas itu, orang suruhan itu telah di bunuh oleh orang suruhan Nobunaga, Hideyoshi Toyotomi, dalam 3 hari. Kemudian, Hideyoshi berjaya menyatukan negara. Tetapi Ieyasu Tokugawa, yang memenangi Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 mula memegang kuasa. Tempoh Edo yang di tubuhkan oleh puak Tokugawa bertahan selama 200 tahun.

Budaya Edo, seperti Kabuki, Ukiyo-e berkembang

Pada tahun 1603, Ieyasu Tokugawa membina mekanisme politik dipanggil Edo Shogunate di kawasan yang dipanggil Tokyo sekarang, dan membawa kepada dunia aman tanpa peperangan. Ramai orang berpindah ke Edo, dan budaya seperti kabuki, ukiyo-e dan kimono telah dibangunkan. Rakyat biasa mencipta satu selepas satu budaya baru yang lain dari luar idea biasa di bandar Edo yang bebas dan bersemangat.

Kapal Hitam, yang menganas bandar aman Edo

Pada tahun 1853, satu kejadian berlaku yang mengejutkan keamaman Edo. Armada diketuai oleh komodor Perry dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Kapal Hitam tiba. Pada masa itu, Jepun melarang perdagangan dengan negara-negara asing di bawah dasar pengasingan. Perry datang untuk menyampaikan surat peribadi daripada Presiden Amerika Syarikat dan meminta Jepun untuk membuka polisi dasar pengasingannya. Lawatan beliau menimbulkan kekacauan yang meluas di jalan-jalan di Edo di mana terdapat kumpulan orang dengan pendapat yang berbeza, pembukaan negara untuk menggalakkan perdagangan,ada juga mengembalikan kuasa politik kepada Maharaja dari samurai, dan lain-lain.

Selamat tinggal gaya rambut simpul

Pada tahun 1867, rejim shogunate yang bertahan selama beberapa ratus tahun berakhir, dan tempoh Meiji bermula, di mana Maharaja melalakukan politik. Kerajaan yang baru lahir mula memodenkan Jepun dengan cepat dengan menetapkan perlembagaan, merujuk kepada sistem politik Barat. Banyak budaya barat telah diperkenalkan, pakaian dan gambar menjadi popular.
Samurai memotong "simpulan atas" dan menggayakan gaya rambut barat. Samurai hilang sepenuhnya dari bandar.

Menuju ke arah kuasa ekonomi yang mewakili Asia!

Selepas Perang Dunia Pertama yang berlaku pada tahun 1914, Jepun dan Amerika Syarikat, kedua-dua negara-negara membangun, mempercepatkan perdagangan, dengan Jepun sebagai pusat pengeluaran barangan. Jepun menikmati ledakan ekonomi yang belum pernah berlaku.
Sehubungan dengan itu, bentuk asal budaya pop seperti lagu-lagu pop dan jazz telah dicipta.
Pada tahun 1939, Perang Dunia Kedua meletus, negara-negara di seluruh dunia terlibat.
Peperangan ini berlangsung selama kira-kira 6 tahun, dan Jepun ditewaskan. Selepas itu, Jepun mencapai pemulihan ekonomi yang mengajaibkan. Pelbagai produk seperti elektronik pengguna dan kereta telah dipandang tinggi di dunia. Jepun terus menarik perhatian dunia dalam keupayaan pengeluarannya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini