Adat resam dan gaya hidup

Adat resam dan gaya hidup

Update:

Dari segi adat resam dan gaya hidup, negara Jepun mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan negara lain. Mari kita lihat perbezaannya secara lebih terperinci.

Agama

Agama

Orang Jepun secara amnya mempunyai kepercayaan yang rendah terhadap agama. Walaubagaimanapun bagi orang Jepun, melawat kuil, menziarahi perkuburan, menghiasasi pokok krismas pada hari Krismas adalah perkara biasa di Jepun.

Pakaian

Pakaian

Suatu masa dahulu memakai kimono merupakan kebiasaan bagi orang Jepun, namun kini jarang sekali orang yang memakainya. Buat masa kini berpakaian kasual adalah menjadi kebiasaan bagi orang Jepun.

Sekolah

Sekolah

Tempoh kurikulum wajib di Jepun adalah selama 9 tahun, di mana sekolah rendah mengambil masa 6 tahun dan sekolah menengah rendah pula selama 3 tahun. Selepas itu, terdapat juga orang yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti ke sekolah menengah tinggi selama 3 tahun, sekolah pengkhususan, universiti selama 4 tahun atau mengambil kursus pendek di universiti. Semester baru bermula pada bulan 4 dan majlis graduasi diadakan pada bulan 3.

Bahasa

Bahasa

Bahasa Jepun adalah bahasa rasmi bagi negara Jepun. Walaupun bahasa Inggeris merupakan subjek yang wajib dipelajari, masih ramai orang Jepun yang tidak dapat berkomunikasi secara asas menggunakan bahasa Inggeris apabila ditegur oleh orang luar.

Kediaman

Kediaman

Disebabkan jumlah kepadatan penduduk per kawasan adalah kecil di Jepun, ramai yang tinggal di pangsapuri atau flat di bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Di bandar besar, sewa rumah pangsapuri adalah mahal dan banyak pangsapuri dijual dengan harga yang tinggi. Tidak seperti di kawasan luar bandar atau di tempat lain, jumlah penduduk yang mendiami rumah tradisional Jepun adalah sedikit di bahagian pusat bandar.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini