Kafe internet

Kafe internet

Update: 22 November 2016

Artikel ini akan memperkenalkan cara penggunaan kafe internet di Jepun.

Apakah itu kafe internet?

Apakah itu kafe internet?

Disebut sebagai net kafe (singkatan kafe internet). Kafe internet adalah kemudahan di bandar-bandar besar yang dilengkapi dengan internet. Kemudahan ini boleh digunakan ketika ingin menggunakan komputer, mengecas telefon bimbit, ataupun untuk berehat. Kebelakangan ini, Manga kissa (bermaksud kafe manga/buku komik), iaitu kemudahan yang menempatkan manga, majalah dan sebagainnya juga turut dipanggil kafe internet. Kebanyakan manga kissa menyediakan minuman yang bayarannya telah dimasukkan bersama ke dalam bayaran penggunaan kafe internet. Kafe internet yang menyediakan bilik persendirian turut terkenal kebelakangan ini.

Wi-Fi dan mesin pencetak juga boleh digunakan

Wi-Fi dan mesin pencetak juga boleh digunakan

Kemudahan yang menyediakan Wi-Fi boleh digunaka dengan memasukkan ID dan kata kunci. Kebanyakan kafe internet juga menyediakan kemudahan mesin pencetak. Malah terdapat juga tempat yang menyediakan perkhidmatan untuk memesan makanan ringan.

Penggunaan kafe internet

Penggunaan kafe internet

Kebanyakan kafe internet di Tokyo memerlukan pengunjung untuk menunjukkan dokumen pengenalan diri dan mendaftar pada kali pertama. Malah terdapat sesetengah kemudahan yang mengasingkan aras merokok dan tidak merokok.

Munculnya kafe internet yang lebih elegan

Munculnya kafe internet yang lebih elegan

Kebelakangan ini terdapat kafe internet yang menghiasi ruangan dengan bertemakan imej Kyoto, serta terdapat juga kafe internet yang terletak di bangunan tinggi agar pengguna dapat menikmati pemandangan malam.

Perkara yang perlu diberi perhatian

Perkara yang perlu diberi perhatian

Bagi pengguna bilik perseorangan, pastikan anda tidak membiarkan pintu bilik terbuka apabila keluar ke tandas serta untuk mandi. Pastikan anda telah menutup pintu bilik bagi mengelakkan kemungkinan kecurian. Elakkan juga daripada mengeluarkan suara yang kuat ketika berbual dengan rakan, ataupun ketika sedang menggunakan telefon.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini