Manga

Manga

Update:

Manga (komik) yang menggunakan gambar dan juga dialog untuk menceritakan sebuah kisah dibaca oleh semua warga Jepun dari peringkat umur kanak - kanak sehingga ke orang dewasa . Manga juga dialih bahasa ke pelbagai bahasa lain dan mempunyai ramai peminat di luar negara.

Sejarah permulaan manga

Di Jepun, sejarah permulaan manga dikatakan bermula pada abad sekitar ke-12 hingga ke-13. "Choju Giga" yang merupakan skrol bergambar yang dilukis menggunakan dakwat hitam, menggambarkan binatang-binatang yang bermain dengan berjalan menggunakan dua kaki seperti manusia. Walaupun sedikit berbeza dengan manga sekarang yang menggunakan "Panel", teknik penggambaran seperti antropomorfik yang menyerupai manga sekarang dapat dilihat.

Osamu Tezuka, dewa manga

Osamu Tezuka berkecimpung sebagai pelukis manga sejak 1950-an. Antara karya beliau yang terkenal adalah "Tetsuwan Atomu (Astroboy)" dan "Blackjack". Karya manga sekarang dikatakan banyak dipengaruhi oleh karya beliau. Cara lukisan kepilan buku di sebelah kanan dan juga teknik "pembahagian panel" dicipta oleh beliau. Malah, beliau dipanggil sebagai dewa manga berdasarkan pencapaian beliau yang telah menghasilkan lebih daripada 600 buah manga.

Membeli manga di Jepun

Kedai buku di Jepun menjual pelbagai jenis manga. Tetapi, manga yang diletak di sudut jualan manga semuanya ditulis dalam Bahasa Jepun. Manga yang dialih ke Bahasa Inggeris kebiasaannya terdapat di rak buku Bahasa Inggeris. Di kedai buku yang besar kebiasaannya manga yang dialih bahasa ada dijual.

Manga amatur

Di Jepun, selain daripada pelukis manga profesional, terdapat juga pelukis manga yang melakukannya sebagai hobi. Terdapat pelbagai manga dihasilkan setiap hari, dengan menggunakan karakter manga kesukaan mereka, ada yang mengarang sendiri plot cerita, ada juga yang mencipta sendiri karakter dan mengarang sendiri plot cerita. Terdapat juga laman web untuk mereka yang melukis ilustrasi dan manga sebagai hobi berinteraksi sesama sendiri dan juga memuat naik hasil kerja mereka. Di samping itu, ada juga mereka yang menerbitkan manga sendiri dalam bentuk buku dan menjualnya.

Perkembangan web manga

Di Jepun, penerbitan manga di laman web semakin meningkat hasil dari perkembangan pesat telefon pintar. Terdapat juga laman web yang membolehkan manga dibaca secara percuma. Berbeza dengan bentuk bacaan dari kanan ke kiri sepertimana sebelum ini, terdapat juga manga yang dilukis untuk dibaca dari atas ke bawah bersesuaian dengan paparan di telefon pintar.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini