Cosplay

Cosplay

Update: 30 Mac 2017

Cosplay merupakan salah satu budaya moden Jepun yang dibanggakan di seluruh dunia. Peluang untuk berpakaian atau menyamar sebagai watak khayalan yang disukai, serta kualiti penyamaran yang sangat tinggi membuatkan ianya diminati ramai. Penghasilan cosplay yang berkualiti tinggi mencuri tumpuan ramai dari seluruh pelusuk dunia.

Apa itu cosplay

Apa itu cosplay

Cosplay adalah salah satu cara berseronok mengenakan pakaian atau kostum yang sama seperti watak manga atau anime, bersama-sama aksesori, solekan dan sebagainya. Disamping itu, semasa Hallowen atau Krismas, ramai juga yang meminati pakaian seragam sekolah, pakaian pembantu rumah, Gothic Lolita serta pakaian cosplay lain tanpa karakter khas. Pakaian-pakaian ini dijual secara atas talian atau di kedai diskaun.

Penilaian dari luar negara

Penilaian dari luar negara

Cosplay berbeza sedikit dengan konsep acara “penyamaran” di luar negara. Kualiti cosplay adalah sangat tinggi disebabkan pelbagai idea harus dicari dalam penyediaan pakaian supaya menjadi lebih menyerupai watak kegemaran anda.

Gaya rambut

Gaya rambut

Kebanyakan rambut yang digayakan di dalam cosplay adalah rambut palsu. Ini adalah kerana kebanyakan karakter di dalam anime mempunyai warna rambut yang aneh seperti warna merah, merah jambu, biru, dan sebagainya. Pemakaian rambut palsu juga membolehkan gaya rambut ini ditiru.

Solekan

Solekan

Solekan merupakan salah satu proses yang memakan masa di dalam cosplay. Ini kerana selain daripada solekan, lensa lekap berwarna dan pewarna kuku perlu dikenakan untuk menyamakan diri dengan karakter pilihan.

Etika

Etika

Perkara yang perlu dititikberatkan di dalam cosplay adalah untuk tidak menyusahkan orang di sekeliling. Mengambil berat tentang lokasi dan keadaan sekeliling adalah sangat penting di dalam cosplay. Perlu diingat bahawa cosplay tidak boleh dibuat di tempat rasmi atau memakai pakaian menjolok mata. Disamping itu, dilarang mengambil gambar cosplay di tempat yang dilarang.

Tempat yang dibolehkan dibuat cosplay

Tempat yang dibolehkan dibuat cosplay

Cosplay di Jepun boleh dibuat di studio yang disewa dan sebagainya, dimana anda bebas menikmatinya. Disamping itu, acara penjualan komik besar-besaran, permainan video dan anime yang diadakan 2 kali setahun, juga menarik ramai pengunjung membuat cosplay di acara tersebut. Perlu diingat bahawa anda perlu meminta kebenaran pihak pengurusan majlis terlebih dahulu sebelum membuat cosplay di acara-acara sebegini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini